Seperti yang kita sedia maklum, kita dilarang merakam sebarang ‘scene’ sewaktu kita berada di dalam pawagam.
Hal ini juga sentiasa diperingatkan kepada penonton sebelum bermulanya sesuatu tayangan filem.
Walau bagaimanapun, masih ada yang berdegil dan masih merakam babak-babak yang ditayangkan yang sememangnya menyalahi akta serta boleh dikenakan tindakan selanjutnya.
Terbaru, tular sebuah perkongsian di laman Twitter mengenai seorang wanita yang selamba sahaja merakam babak sebuah filem walaupun sudah ditegur.
Dah ditegur pun, masih juga berdegil untuk membuang rakaman tersebut.
“Kawan aku kerja wayang, ada orang terang terangan rekod dalam wayang. Lepas tu buat muka tak bersalah 💩💩
“S*al jugak perempuan ni, korang tgk la lagak dia tu. @TGVCinemas plis la take action,” tulisnya di ruangan kapsyen sambil disertakan video wanita berkenaan.
Akibat wanita tersebut masih berdegil, pekerja tersebut mendesak dan bakal memanggil ‘manager’-nya.
Selain itu, pihak TGV difahamkan memerlukan informasi lanjut mengenai tarikh, masa dan lokasi rakaman yang dibuat untuk melakukan siasatan lanjut.
Sekadar info, kegiatan curi rakam secara keseluruhan tayangan tanpa kebenaran di pawagam boleh didenda tidak kurang RM 10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik tindakan wanita itu yang sememangnya menyalahi undang-undang.
Antara komen netizen:
aku rasa nak pijak muka perempuan ni taktahu nape tapi geram
— 4cidgaff (@rynnaa2) January 31, 2023
Dia ingat CCTVs dlm cinema tu cikai punya tak bole nampak clear masa movie tengah berjalan, little did she know it can see everything crystal clear, even when it’s so pitch black too. Plus, CCTVs dalam cinema are hidden too
— … (@aurizons) January 31, 2023
Wadehel aku nak snap sikit nak post story je pun tak berani. Dia boleh record lama terus
— jc (@frhtkh_) January 31, 2023
“tApI SaYEW bAYaERr”
Eh unibersiti mane ajar hengko beli tiket masuk wayang untuk record movie? Beli tiket tu untuk tengok je. Budak sekolah pun tahu😭
— Keyol (@khairulizwan___) January 31, 2023
Hantaran Twitter yang tular:
Kawan aku kerja wayang, ada orang terang terangan rekod dalam wayang. Lepas tu buat muka tak bersalah 💩💩
Sial jugak perempuan ni, korang tgk la lagak dia tu. @TGVCinemas plis la take action. pic.twitter.com/Ubplvq2KK4
— syapiq (@4hmadsyaf1q92) January 31, 2023