“Tapi..kalau lagi labuh, lagi cantik,” Ditegur Tudung Singkat, Wany Hasrita Balas Dengan Foto Terbaru

Penyanyi terkenal, Wany Hasrita mencuri tumpuan pengikutnya apabila tampil dengan foto terbaharu mengenakan tudung yang menutupi bahagian dadanya.

Menerusi laman sosial Instagram, Wany berkongsi foto dengan persalinan serba merah jambu itu untuk tatapan umum.

“Okaylah. Kalau macam ni okay tak?” tanya Wany di ruangan kapsyen.

Perkongsian berikut dilakukan lantaran beberapa hari yang lalu, Wany menerima teguran daripada wargamaya apabila mengenakan tudung yang terlalu singkat sehingga memperlihatkan bahagian dadanya.

Menurut wargamaya, Wany sebelum ini cukup dikenali sebagai seorang selebriti yang sopan, menjaga pemakaian serta aurat dengan betul.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memberikan reaksi positif terhadap OOTD (outfit of the day) nya itu berbanding foto sebelum ini yang bertudung singkat.

Macam ni baru okay. Barulah takde isu Wany dekat media sosial pakai tudung singkat,” komen seorang wargamaya.

So netizen okay tak dia pakai tudung camtu? Dia lepaskan geram tu,” usik seorang wargamaya.

Ini barulah Wani. Haritu Wana,” kata seorang wargamaya.

Sejuk mata memandang. Macam Wani yang dulu,” ujar seorang wargamaya.

Selagi menutup aurat, selagi tu okay,” tulis seorang wargamaya.

Macam ni lah baru manis. Tapi kalau lagi labuh, lagi cantik,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 85,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Terdahulu, nama Wany Hasrita tidak semena-mena menjadi bualan netizen yang rata-rata tidak bersetuju dan kurang senang dengan penampilannya mengayakan stail tudung singkat serta tidak menutup bahagian dada yang sebagaimana imejnya selama ini.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, tampil dengan busana berona biru firus (turquoise) dengan gaya tudung yang kelihatan agak singkat selepas menjayakan sebuah program hiburan bersama rakan artis, Sophia Liana.

Rata-rata netizen dan peminat terkejut, bahkan ada yang kecewa dan marah dengan penampilan ‘terbaharu’ Wany.

Masing-masing beralasan meminati penyanyi itu kerana sinonim dengan penampilan hijab labuh dan yang sentiasa menutupi bahagian dada sebelum ini.

Bahkan ada juga berprasangka penyanyi lagu Menahan Rindu terikut-ikut dengan trend semasa.

“Ini mesti mesti terikut-ikut. Nak merasa pakai tudung nampak dada, Moga cepat-cepatlah berubah daripada buruk kepada baik bukan sebaliknya.

“Kenal Wany dulu sebab very the (sangat) muslimah dengan tudung dan pakaian. Tapi sekarang, hmmm, boleh je sebenarnya request (minta) stail tudung yang labuh walaupun baju tu macam tu. Entah lah.

“Perasan juga, kenapa tudung dia singkat kali ni. Tak pernah tengok dia pakai tudung singkat macam ni. Saya lebih suka dia pakai tudung yang tutup dada.

“Dia idola aku. Tapi sekarang tudung pun dah singkat, rasa sedih pun ada,” tulis seorang netizen dengan nada kecewa.