“Tapi insiden kucing tu saya masih merajuk lagi” Ucapan Hari Jadi Lisa Surihani Buat Beto Kusyairy Bikin Netizen Rindu Filem Istanbul Aku Datang

Bagi yang menggemari filem cinta pasti tahu cerita ‘bersemut’ Istanbul Aku Datang, dibintangi dua orang pelakon hebat sebagai watak utama iaitu Datin Lisa Surihani dan Beto Kusyairy.

Iospital phone repair gombak

Gandingan mereka berdua nyatanya serasi dan sesuai bersama dek chemistry yang dibina antara mereka sehingga membuatkan orang ramai menonton filem itu berkali-kali!

Baru-baru ini, Lisa Surihani ada menitipkan ucapan hari lahir hero dalam filem itu, Beto Kusyairy yang ke-40 tahun.

Dalam ucapan tersebut, Lisa dilihat mengenang kembali momen-momen sewaktu mereka bergandingan menerusi filem ikonik kegemaran ramai berkenaan.

“Happy Birthday Harris. Kalau tidak kerana kawan Ijoy rumah Jalur Gemilang tu, tak mungkin saya boleh dapatkan Maggi Asam Laksa di sana.

“Nasib baik. Sebab lepas tu, baru awak lembut hati. Tp insiden kucing tu , saya masih merajuk lagi. Xoxo, D. *publish!*,” tulisnya di Instagram.

Terharu dengan ucapan manis Lisa, Beto kemudiannya memaklumkan dia sangat bertuah kerana berpeluang bekerjasama bersama pelakon hebat seperti Lisa.

Malah Beto turut menyifatkan isteri kepada pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry KRU ini merupakan individu yang paling tepat untuk menggalas watak sebagai Dian di dalam filem tersebut.

“Tapi..tapi..tapi..saya dah bawak awak round Istanbul dengan scooter. You really made me & Tisha smile with this sweet caption.

“Terima kasih kerana setuju menjadi Dian. Tiada yang paling tepat selain dirimu. Terima kasih juga untuk ucap selamatnya. Salam to Yus & Mummy,” balasnya.

Selain Lisa dan Beto, filem yang berlatar belakangkan bumi Istanbul ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Tomok, Aizat Amdan dan juga Farid Ramlee.

Menjengah ke ruangan komen, netizen akui Istanbul Aku Datang merupakan antara filem yang mereka sering ulang tonton kerana lakonan pelakon-pelakon yang mantap.

Berikut antara komen-komen yang diberikan

“Wow..i really² love this film lakonan² you all semua the best..berkali² saya repeat tonton…❤️👏”

“My Fav Malay Film.tengok lebih dari 5x dah 😍😍.paling touching part cuci rambut kena aiskrim dan kencing spray merata!! hhhaaa”


“one of the best malay romantic movie! my favourite 😍❤️”

Hantaran yang tular di laman Instagram