Netizen Teruja Lihat Hos Rancangan 999 Bergabung, Siap Sebut Tagline “Ingat! Jenayah Membawa Padah”

Kebanyakan daripada kita memang membesar dengan menonton rancangan bersiri berkaitan jenayah di Malaysia, 999.

Iospital phone repair gombak

Selain rancangan itu mendedahkan tentang kes jenayah terkini yang sedang berlaku, suara lantang pengacaranya juga antara satu tarikan buat kita menonton rancangan tersebut.

Malah, selepas rancangan itu disiarkan di kaca televisyen, ramai yang cuba meniru intonasi ‘garang’ pengacara.

Terbaharu, pengacara Teh Syuhaida Sharip menggamit memori ramai tentang rancangan 999.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, tiga orang hos rancangan tersebut bergabung serta mengucapkan ‘kata khidmat’ mereka.

“Ingat! Jenayah Membawa Padah,” ucap mereka, membacakan tagline rancangan tersebut.

Selain bergabung membuat TikTok, Hazlin Hussain, Anim Ezzati dan Sofea Nur Solehha Tun turut dilihat bergambar bersama-sama.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan hos pertama 999, Zakiah Anas meninggalkan kesan yang mendalam terhadap penonton.

Sehinggakan, netizen tertanya-tanya ke manakah Zakiah serta berasa kekurangan gabungan itu tanpa kehadirannya.

Ketika menjengah ke ruangan komen, rata-rata teruja melihat ‘reunion’ semula para pengacara rancangan 999.

Pun begitu, tambah netizen, ada seorang personaliti hebat yang kurang di situ iaitu Zakiah Anas.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

”dh terbiasa ikut camera kedepan lah tu😂”

“yg ramai kenal zakiah anas 😳”


“Tak dilupa zakiah anas pengacara lejen 999”

“sebab dorang2 ni la teringin nak jd host 999😂”

Video yang tular di laman TikTok

@tehsyuhaida #999 #tv3 #fyp ♬ original sound – Tehsyuhaida Sharip AlMabruk