Tangan Tersangkut Dalam Mesin Mainan, Akhirnya ‘Owner’ Hadiahkan Semua Bebola Telur

Bila terimbau kembali zaman childhood, pasti macam-macam perkara dan permainan yang pernah kita lakukan dulu kan termasuklah bermain mesin permainan yang ada di kedai runcit ni.
Iospital phone repair gombak
Masuk sahaja duit 50 sen, dapat bebola hadiah yang ada bermacam-macam jenis permainan. Asal balik sekolah je, pasti ke kedai runcit dulu untuk beli mainan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana tangan seorang kanak-kanak tersangkut dalam lubang mesin permainan mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @emypokni, kelihatan dia merupakan salah seorang ahli bomba yang datang untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak itu.

Difahamkan tangan budak lelaki itu tersangkut kerana ingin mengambil telur mainan di dalam mesin tersebut.


Dia juga berpesan di ruangan kapsyen agar ibu bapa perlu mengawasi gerak geri anak-anak.

Untuk menyelamatkan tangan budak lelaki itu, mesin terpaksa dipotong. Walaupun tuan kedai mengalami kerugian namun dia dengan baik hati memberikan kesemua telur mainan di dalam mesin permainan kepada budak itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan reaksi masing-masing mengenai situasi tersebut.

“Ini mesti kes mak tak bagi duit.. Last-last anak masuk tangan dalam tu. Haha, sebab aku pun pernah buat dulu” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan tidak sia-sia budak lelaki itu tersangkut tangan kerana akhirnya dia dapat kesemua bola itu.

Antara komen warga maya:

“Bagus tokey tu, mesin rosak tapi siap bagi pula semua telur kat adik tu”

“The real definition of ‘mission failed successfully”


“Pengalaman dik.. takpe jadi memori sampai besar.. ”

“Ya Allah seriau tengok nya, kesian nya dik, dalam sakitnya ada selit rezeki nya tu”

“Nah kauuu.. amek semua ekk.. tak sia2 tangan sangkut”

“Masa saya kecil2.. balik sekolah mesti main benda ni..”

“Eleh korang kecik kecik pun perangai gini kan dulu? luck korang tangan tak sangkut dalam mesin tu..”


Video yang tular: