“Takda rasa malu atau takut” Dua Malam Dilokap, Isteri Dai Farhan Akhirnya Keluarkan Kenyataan

Dua hari lepas rakyat Malaysia dikejvtkan dengan berita penah4nan isteri kepada Dai Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, atas tudvhan menipu seorang wanita yang juga kenalanannya. Walau bagaimanapun, Aerin mengaku tidak bersaIah dalam hal terbabit. Ramai yang berteka-teki tentang isu ini, malah Dai Farhan sendiri mengunci mulut apabila ditanya oleh pihak media. Hari ini , [...]

Beberapa hari lepas, seorang wanita berusia 40 tahun yang juga merupakan isteri kepada Da’i Farhan telah ditahan pihak polis kerana dipercayai telah menipu seorang pelanggan.

Noorainul Naqim Mohd Radzi ditahan di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur pada 2 Mac 2020.

Laporan polis tahun lepas

Menerusi laporan HMetro, wanita itu ditahan berikutan laporan polis dibuat mangsa pada Oktober tahun lepas.

Sumber mengatakan mangsa pernah berurusan dengan wanita itu sejak tahun 2017 lagi untuk mendapatkan sijil Halal dan juga sijil KKM bagi produk jamu.

“Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.”

Malah, mangsa juga telah membayar kira-kira RM11 ribu namun masih tiada sebarang proses dilakukan menyebabkan dia melakukan laporan polis.

“Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Kenyataan terbaru isteri Da’i Farhan

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Noorainul telah memuat naik kenyataan dan menceritakan pengalaman dan apa yang berlaku terhadapnya.

Menurutnya, keadaannya okay walaupun dua malam di dalam lokap.

“Assalammualaikum, kepada semua yang bertanya Alhamdullilah saya ok, walaupun dua malam dalam lokap saya berasa nikmat kehidupan yang sebenar. Kalau nak diikutkan makan nasi kosong dgn ikan jacket tak dak lah apa sangat.”

Tambahnya lagi, pengalamannya ini adalah petunjuk Allah yang sangat kecil berbanding rakan-rakannya yang lain.

“Pengalaman Allah nak tunjuk ujian kita ni kecik sangat nak dibandingkan dgn kawan-kawan kat dalam sana tu. Yang kat dalam tu tak semuanya bersalah selagi dia tdak didapati bersalah.

Terima dengan hati terbuka

Noorainul berkata, dia menerima segala prosedur dengan hati yang terbuka tanpa rasa malu atau takut.

Malah, dia berterima kasih dengan beberapa orang yang menjaganya ketika di dalam lokap tersebut.

“Saya terima semua prosedur dengan hati terbuka takda rasa malu atau takut.Terima kasih kepada beberapa orang yang menjaga saya semasa di dalam lokap dgn baik walaupun ada beberapa pekara yg Allah nak tunjuk pada Saya kalau tak masuk dalam Saya tidak tahu begitu keadaan sebenarnya.”

“Undang2 di malaysia ni bila kita ad kuasa Kita boleh buat apa sahaja.Inshaallah tiada undang-undang tiada mahkamah yang dapat mendustakan kebenaran bila Allah ingin kebenaran dinampakkan.”

“Saya bukan siapa siapa tp Allah letakkan dgn cara ini Saya terima dengan redho dan Ikhlas. Apa apa Saya berserah pada nasib Saya.Terima kasih kepada semua yg mendoakan saya, saya tahu tak semua rakyat Malaysia makan dedak.”

Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan dari suaminya, Dai Farhan berkenaan isu ini.