“Tak semua orang miskin meminta-minta, jangan usik…” Bonda Rozita Bidas Kenyataan Datuk Seri Vida

Sejak penularan pandemik tahun lepas, ramai diantara kita terkesan apabila kehilangan kerja dan juga ramai yang terjejas pendapatan.

Oleh itu, kempen kibar bendera putih dirumah diperkenalkan untuk memberitahu mereka terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan.

Apa yang menyedihkan, kempen kibar bendera putih semakin mendapat sambutan dan ramai diluar sana memerlukan pertolongan ketika ini.

Datuk Seri Vida beri pandangan kempen kibar bendera putih

Namun begitu, beberapa hari lepas seorang usahawan Datuk Seri Vida memberikan pandangannya mengenai isu kempen kibar bendera putih.

Walaubagaimanapun, seorang usahawan lain iaitu Bonda Rozita telah tampil memberikan kenyataan pengusaha kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida berhubung isu berkenaan.

Saya minta maaf dulu pada DSV

Bonda Rozita menyifatkan kenyataan Vida kurang berasas, Rozita tampil mengulas situasi semasa dan sensitiviti rakyat yang sedang terjejas teruk akibat pandemik.

“Saya minta maaf dulu pada DSV apa saya ulas ni adalah baik-baik belaka untuk semua orang.”

“Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat Malas kerja! Kalau dulu tak ada virus Pandemik, mana ada orang kibar bendera putih nak minta makanan.”

Banyak lagi pemalas jahat, penipu besar tak pakai bendera putih pun

“Banyak lagi pemalas jahat, penipu besar tak pakai bendera putih pun, itu lagi mencuri malah yang lebih jahat – menakutkan, dibenci oleh negara,” katanya.

Belia yang pernah juga melalui detik-detik sukar dalam kehidupan, tegas Rozita bukan sifat orang yang kurang berkemampuan untuk meminta-minta.

Tak semua orang miskin meminta

“Saya pernah lalui kemiskinan tapi bukan dalam COVID-19. Tak semua orang miskin meminta-minta.”

“Ayat malas tak sesuai digunakan dalam rakyat stress, kita simpati kita kena ada sensitiviti sebab manusia sekarang sangat teruk perasaannya.

Jaga perasaan hati semua orang

“Posting pun kena berhati-hati untuk menjaga perasaan hati semua orang. Rakyat tolong rakyat, kami tak nak ada yang kelaparan” pesannya.

Ketika ini banyak pihak termasuk pemain industri besar hingga ada yang sudah muflis. Begitu juga simpanan orang ramai yang semakin menyusut.

Berapa ramai yang hilang kerja

“Berapa banyak hilang kerja dan bercerai sebab pandemik ini, dalam isu sekarang kita jangan salahkan sesiapa pun. Kita semua dah cukup tertekan.”

“Logiknya tak da orang suka naikkan bendera putih. Saya tengok pun sedih dan saya tak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sebab rakyat kita bukan jenis meminta-minta.”

Semua nak kehidupan bebas seperti dulu

“Semua orang nak kerja dan tak harap duit kerajaan. Kita nak kehidupan bebas dulu, kita semua dah usaha macam-macam.

“Kalau dah kawat besi, saman sana sini, viral langgar SOP, sedangkan anak rumah lapar, itu tekanan besar pada kami, belum lagi sakit, risau, rindu mak ayah tua di kampung,” ujarnya.

Jangan kita tambah kepedihan mereka

Selain itu, Rozita menghormati pendirian Vida yang punyai niat baik untuk memberikan motivasi kepada rakyat Malaysia.

“Tetapi rakyat kita tak perlu motivasi begitu saat begini, mereka lagi down nanti. Mereka dalam gelora, jangan kita tambah kepedihan mereka.”

Kita orang tua Dato Vida, banyak pengalaman suka duka

“Kita orang tua Dato Vida, banyak pengalaman suka duka,” kata Rozita lagi yang akui tertekan melihat kepayahan orang ramai ketika ini.”

Nasihat Rozita lagi agar Vida tidak menjentik hati orang ramai dengan kata-kata yang perit.

Tak semua orang ada ilmu dan modal

“Hati orang ramai kena jaga, kita buat posting yang lawak ker, kasi info ke, hiburkan mereka.”

“Itu lebih sesuai sebab tak semua orang boleh usaha kalau tak ada ilmu dan tak ada modal.”

Bonda tahu Vida baik dan suka bantu orang

“Kita terkurung, jika kita tak mampu nak sedekahkan semua orang jangan usik hati mereka.”

“Bonda tahu Vida baik dan suka bantu orang cuma tukar teknik kamu supaya tak tambah kekeruhan dyang sedia ada,” nasihatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan dan buah fikiran masing-masing.