“Tak seindah disangka” Shikin Maembong Dedah ‘Realiti’ Kahwin Suami Orang

Hidup bermadu bagi sesetengah individu memang indah kalau betul dengan caranya. Lagi-lagi buat kaum lelaki.

Iospital phone repair gombak

Namun pada hakikatnya, bagi mereka yang pernah merasai sendiri pengalaman menjadi isteri kedua, ianya tidaklah sebahagia yang dikhabarkan.

Baru-baru ini, tular satu video oleh kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong yang berkongsi pengalamannya sebagai isteri kedua dan kehidupan seorang madu.

Menurut wanita itu, tanggunggjawab sebagai isteri kedua adalah tidak mudah dan bukan suatu kelebihan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shikin akui dirinya terpaksa melakukan banyak perkara seorang diri temasuklah mengerjakan solat.

“Saya tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri. Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai.

“Siapa suruh jadi bini nombor dua, kan dah kena merayap mall (pusat beli belah) seorang diri, birthday (sambutan hari jadi) sambut seorang dekat rumah, tiada hadiah tidak apa. Hidup bertiga sahaja dengan anak dan maid (pembantu rumah) kehulur kehilir,” kongsinya.

Sekadar info, Shikin terdahulu pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz atau nama sebenarnya Nadzri Redzuawan pada 2014 dan dikurniakan seoang cahaya mata, Putri Arianna Natasya.

Perkahwinan bersama anak Chef Wan tersebut hanya mampu bertahan sehingga 2016, kemudian Shikin berkahwin sekali lagi dengan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya dan memilih menjadi isteri kedua.

Menurut Shikin, dia sebagai isteri kedua perlu banyak bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara walaupun perkahwinannya itu mendapat keizinan isteri pertama.

“Walaupun madu terima, tetap kena mengalah kalau suami tak balik rumah,” katanya lagi.

Video yang tular di laman TikTok

@shikin_maembong Sape suruh? Kan da kene tinggal 🥹 #divorce #fyp #CapCut #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #binikedua #singlemom #memories #singleisbetter #imfree ♬ suara asli – hierapsz.