Tak Nak Ibu Kena ‘Usha’, Gelagat Budak Perempuan Bebel Tak Bagi Pakai Lipstick Buat Ramai Terhibur

Anak-anak sememangnya mempunyai telatah mereka tersendiri malah ada juga diantara mereka yang gemar untuk membebel, ada sahaja yang hendak dibebelkan dan selalunya mereka merupakan anak perempuan.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita tahu, sesetengah anak-anak sememangnya cemburu jika ada orang lain menggangu ibu bapanya, contohnya seseorang lelaki mendekati ibunya ataupun seseorang wanita lain yang mendekati ayah mereka.

Bagi mereka, ayah hanya untuk ibu dan begitu juga ibu hanya untuk ayah. Tiada orang ketiga.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan membebel kepada ibunya kerana bersiap dengan cantik mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nkhayla, kelihatan budak perempuan ini berada bersama ibunya di dalam kereta.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila budak perempuan tersebut membebel panjang melihat ibunya memakai makeup dan lipstick ke pasar raya.

Hal ini kerana, budak perempuan ini takut jika ada lelaki lain memandang ke arah ibunya dan senyum melihat ibunya kerana terlalu cantik.

Lebih menghiburkan, dia siap membuat mimik muka marah menunjukkan dia garang dengan harapan ibunya takut dan mendengar katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat budak perempuan ini yang begitu marah melihat ibunya bersiap.

“Bijaknya dia mewakili perasaan bapak dia ni, haha bukan main lagi dia warning umi dia” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan budak perempuan ini seolah-olah mewakili perasaan para bapa yang risau isteri mereka diganggu lelaki lain.

Antara komen warga maya:

“dia tak nak orang tengok ibu dia comel yang boleh tengok ayahnya je…pandai adik ni…”

“garangnya dari kecik pandai dah bab agama, semoga besar nanti jadi ustazah ye dik…acik suka lah…”


“masya’allah tabaraqallah adik ni…nanti pakai tudung yer sayang belajar dari semuda usia yer sayang…”

“pandai…jengkel mata tuu…”

Video yang tular di laman TikTok:

@nkhayla Kesian ibu, nak mekap sikit takboleh takut ibu comel sangat… #fyp #budakmengajibabibu ♬ original sound – Nrkhyla