Tak Kisah Sakit Ataupun Tidak, Ini Cara Yang Betul Pakai Pelitup Muka (Face Mask) Dari KKM

Di antara perkara yang sering menjadi persoalan sejak penularan wabak Covid-19 ini adalah cara pemakaian pelitup muka yang betul untuk mencegah daripada sakit.

Terdapat satu perkongsian tidak tepat di mana orang ramai disaran memakai pelitup muka dengan cara berlawananan (warna putih di luar dan biru di dalam) bagi mencegah penyakit.

Menerusi laman Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjelaskan mengenai pemakaian pelitup muka yang betul.

“Perkongsian berikut adalah tidak tepat. Samada anda sakit ataupun tidak, cara pemakaian yang betul adalah putih di dalam, biru di luar.

“Jadikan media sosial rasmi KKM sebagai sumber rujukan.”

Selain Facebook, KKM juga turut mempunyai akaun media sosial lain:

1. Twitter – KKMPutrajaya
2. Instagram – Kementerian Kesihatan Malaysia