“Tak boleh basuh eh?” Rajin Siap Cuci Pinggan Lepas Makan KFC, Gelagat Kanak2 Ini Undang Tawa Netizen!

Anak-anak ini ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.

Iospital phone repair gombak

Demikian dengan itu, ibu bapa harus memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan ‘role model’ atau contoh terbaik buat anak-anak.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Damia yang menjadi contoh buat rakan-rakannya yang lain.

Menerusi video yang telah dirakamkan oleh pengguna TikTok @im_chowok, kelihatan sekumpulan kanak-kanak berkerumun ke arah sinki sebuah restoran Kentucky Fried Chicken (KFC).

Rupa-rupanya, Damia dikatakan sedang mencuci pinggan yang sudah habis digunakannya di sinki tersebut.

Bukan Damia sahaja yang berbuat demikian, malah rakan-rakannya yang lain turut mengikuti tingkah lakunya dengan melakukan perkara yang sama seperti Damia.

“Dia bantai cuci pinggan kat KFC. Kau kalau tak buat hal, tak sah Damia,” tulisnya di ruangan video tersebut.

Dikatakan, pinggan-pinggan yang telah dicuci itu telah diletakkan di atas sebuah almari yang telah disediakan untuk meletakkan pinggan-pinggan berkenaan.

Kebiasaannya, pelanggan restoran tersebut akan mengemas meja sendiri dan meletakkan sisa makanan bersama dengan pinggan yang telah digunakan ke tempat yang telah disediakan.

Jarang sekali kita dengar apabila siap dicuci sekali pinggan yang telah digunakan!

Walaupun sifat Damia ini kelihatan ganjil buat orang dewasa, akan tetapi ianya salah satu sifat yang boleh dipuji kerana sikapnya yang rajin dan mahu meringankan beban orang lain.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen memuji sikap positif yang ditonjolkan oleh Damia itu dan menjadi ikutan rakan-rakannya yang lain.

Antara komen netizen:

“hahahahahahaha nilai murni yg dia terap sgt bagus. hahahahaahah”


“bagus nilai2 murni awk bgi kat budak2 tu..smpai kedai dia buat nilai² tu..sabar je lh 🤣🤣🤣”

“comel la gaya dia.mesti dekat rumah dia dah terbiasa dkt dapur. buat kerja dapur. rajin adik ni. pandai mak ayah dia didik.”

Video TikTok yang tular:

@im_chowok

sabar.. sabar.. aku nak terapkan nilai murni je. Hbis makan buang sampah kemas meja.. ni kau bantai cuci pinggan tu kenapa.? sakit kepala aku.

♬ original sound – im_chowok