“Tak best” Jadi Ahli Keluarga Artis, Kakak Iman Troye Tampil Dedah Sisi Gelap

Pasti ramai yang menyangka menjadi artis ni satu perkara yang best! Manakan tidak, dikenali ramai orang, menjadi contoh pada orang ramai serta mendapat perhatian dari orang ternama.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, terdapat pelbagai sisi gelap menjadi seorang selebriti sebenarnya. Apa yang dilakukan, pasti akan dikritik.

Malah, ada juga yang terpalit dengan kontroversi dan fitnah oleh peminat bahkan tidak boleh tidur kerana memikirkan tomahan yang dilemparkan oleh orang ramai apatah lagi yang melibatkan ahli keluarga.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini mengenai penyanyi yang semakin meningkat naik iaitu Iman Troye mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh kakaknya sendiri, Ain Fatiha, dia meluahkan bagaimana rasanya melihat adik sendiri dikecam.

Namun, dia akui kagum dengan semangat Iman Troye yang tidak mudah melatah menghadap segala dugaan yang hadir dalam hidupnya.

Tidak cukup dengan itu, Ain juga turut memuji sikap adiknya yang mengutamakan keluarga dalam apa jua keadaan dan mungkin ianya salah satu asbab penyanyi itu dimurahkan rezeki. “

“Awak adalah emas @imantroye. Awak kesayangan semua orang. Ali dan Arman sayang awak sangat-sangat! Kenapa rezeki awak selalu murah sebab awak selalu utamakan keluarga.”


“Bila kena kecam teruk, awak cakap jangan risau, awak okey. Semoga sentiasa kuat adikku, Iman Alyssa. Semoga sentiasa didalam pelukan Allah.

Terdapat juga persoalan dari netizen yang menanyakan adakah seronok menjadi salah seorang ahli keluarga seorang artis dan ini jawapannya.

“Ramai orang tanya, best ke jadi family artis? Tak. Tak best. Orang bebas bercakap, bebas kecam tanpa tidur sebantal pun. 90% orang cakap kat luar sana semua salah,” katanya.

“Malam ni sayu sikit. Adik sayang kakak ni. Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang. Semoga sentiasa kuat ya acu @imantroye,” tambah kakaknya di ruang kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan sokongan pada Iman Troye agar terus kuat berada di dalam dunia seni.

Antara komen warga maya:

“Ni lah sebab nama dia semakin naik sebab dia pentingkan family dia..”

“Dah masuk dunia artis ni memang kita ibarat dah takde privacy and media semua akan update so semoga iman terus kuat”


“Elak elaklah jadi artis kalau tak tahan.. memang kuat dugaan saya tengok.. benda simple tapi sebab artis jadi besar.. kesian tengok lagi2 artis sekarang banyak muda2.. jaga mental health korang selalu”


Video yang tular:

@ainalif_ Malam ni sayu sikit. Adik sayang kakak ni. Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang. Semoga sentiasa kuat yaaa acu @imantroye #fyp #imantroye #adikkakak ♬ kasih tercipta by faizal tahir – 🎧



Sekadar info, sebelum ini penampilan Iman yang memakai baju berwarna hitam dipadankan dengan tali pinggang besar berwarna pink meraih perhatian serta dikritik segelintir netizen.