“Tak ada istilah kami makan duit pelanggan” Pemilik Butik Pakaian Janji ‘Refund’ Sebelum Raya

Umat Islam kini berada di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Pastinya bahang hari raya kembali terasa walaupun sambutan tahun ini sedikit berbeza.

Namun begitu, timbul pula satu isu mengenai pemilik jenama dan butik pakaian muslimah Leeyanarahman.

Pemilik butik jawab isu refund duit pelanggan baju raya

Pemilik butik, Nur Liyana Abdul Rahman tampil menjelaskan isu duit ‘refund’ pelanggan selepas tempahan baju raya tidak dapat sampai ke butik sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Liyana, masalah berpunca daripada pihak kilang di Guangzhou, China yang tidak menepati janji untuk menyiapkan koleksi baju yang sudah dibayar sepenuhnya.

“Semua orang tahu kilang kami berada di Guangzhou, China. Jadi disebabkan Covid-19, kilang itu baru kembali beroperasi pada bulan Mac lalu”.

Mereka menjanjikan bulan dan bintang

“Mereka menjanjikan bulan dan bintang kepada kami. Kami ada dalam 70 rekaan, dalam 80% dah sampai dan sudah terjual”, lapor Astro Gempak.

“Pada 29 haribulan kami dapat senarai pembungkusan (packing list) untuk kumpulan akhir (last batch)”.

 

View this post on Instagram

 

Berapa ❤️ korang nak bagi untuk gambar ni ? 😋

A post shared by DESIGN LETOPS NO1 MALAYSIA (@leeyanarahman.co) on

“Itu bermaksud kami perlu bayar baki bayaran sebanyak RM711,000 untuk diproses. Kami ada bukti semua transaksi yang dibuat”.

“Selepas bayar pada 30 haribulan, setiap hari kami kemaskini dengan pihak sana bila barang nak sampai”.

Saya memang kena jujur dengan pelanggan

Namun, bila asyik diasak rupanya barang tak ada. Mereka bagitahu semua baju dihantar ke Korea untuk dijahit di sana. Itu memang alasan bodoh dari mereka.

“Dalam keadaan begini, saya memang kena jujur dengan pelanggan yang telah bayar cuma saya takda kongsikan di Instagram (IG)”.

“Saya buat video dan bagi kepada lima orang pekerja saya. Setiap pekerja itu di bawahnya ada lebih 1000 orang pelanggan”.

Bukan ambil masa lima minit untuk balas dan refund

“Jadi bukan ambil masa lima minit untuk balas dan refund semuanya”ujarnya lagi.

Ragan pelanggan juga antara salah satu cabaran mereka dalam proses pemulangan bayaran balik kepada pelanggan.

“Ada sesetengah pelanggan dia faham dan berikan maklumat yang lengkap. Ada pulak yang bising dan maki dulu tanpa beri nombor akaun. Macam mana kami nak proses, itu yang jadi lambat”.

Ramai yang dah dapat duit mereka 

Menurut pihaknya, mereka perlu semak setiap maklumat terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran balik.

“Pihak kami juga perlu semak dahulu setiap satu bayaran. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) haritu ramai juga yang tipu dan jadi scammer’. Bayangkan beribu-ribu punya ‘refund’.

“Setiap hari kami cuba untuk ‘refund’ seramai yang mungkin sampai dua pagi kami bekerja. Alhamdulillah sebenarnya dah ramai yang dapat duit mereka”.

Pencerahan berkaitan duit haram

Sementara itu, ini pula penjelasan yang dikelurkan oleh suami kepada pemilik butik mengenai isu tersebut.

“Semoga segala pencerahan berkaitan ‘Duit Haram’ yang viral baru-baru nie terjawab”.

“Saya berharap kepada yang viralkan tu, andai satu masa nanti awk jadi seorang peniaga, saya harap awak dapat selesaikan conflict yang melanda business awak sekelip mata yea”.

Pada yang menanti refund harap bersabar

“Maaf salah silap saya. Saya juga manusia biasa. Terkadang ada buat silap. Pada yang masih menanti refund tu harap bersabar yea. Sikit je lagi nak kena refund nie”.

Semoga segala perselisihan faham antara semua pihak yang terlibat dapat diselesaikan dengan baik.