Tabur Paku di Jalan Batu Gajah, Polis Buru Pemandu Nissan Almera

Pelbagai cara yang sanggup sesetengah orang lakukan untuk mencari duit dengan pantas meskipun niat tak menghalalkan cara.

Iospital phone repair gombak

Sebagai contoh ketika di jalan raya, pekerja towing akan menumpahkan minyak di selekoh jalan mahupun paku agar mangsa menghubungi mereka, meminta perkhidmatan menunda kenderaan.

Dua hari lepas, tular satu rakaman oleh pengguna Twitter @apanakdikato melihatkan pemandu kereta berjenis Nissan Almera menabur paku di persimpangan jalan raya.

Memetik laporan dari Harian Metro, suspek menabur paku di  kawasan lampu isyarat persimpangan dekat Pusing, Jalan Ipoh-Lumut.

Pemilik video berkenaan turut sempat berkongsi nombor plat kereta suspek yang bertindak biadap tersebut.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif memaklumkan pihaknya kini sedang melakukan siasatan dan mengesan pemandu kereta Nissan Almera yang tular.

Pihak polis juga telah menerima laporan ada kenderaan yang mengalami tayar bocor sewaktu melalui kawasan tersebut.

Pihaknya daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perlakuan khianat.

“Sehubungan itu, pemilik kereta terbabit iaitu Nissan Almera bernombor pendaftaran AJK869 sedang dikesan untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan digesa menghubungi Inspektor Siti Ramlah Abdullah selaku pegawai penyiasat jenayah di talian 0167676287 atau bilik gerakan (DCC) IPD Batu Gajah di talian 05-3654322 atau 05-3629050,” katanya.

Video yang tular di laman Twitter