“Syukur tidak ada sebarang alahan teruk setakat ini dan..” Fazura Kongsi Keadaan Terkininya Sejak Berbadan Dua

Setelah mendirikan rumahtangga selama 2 tahun, pasangan popular, Fazura dan Fattah Amin dengan rasa penuh kesyukuran telah pun mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. Dalam satu kenyataan media, buat masa ini, Fazura mengakui dirinya dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.“Saya tidak pernah merasakan perasaan seperti ini dan ini merupakan [...]

Akhirnya setelah dua tahun mendirikan rumahtangga pasangan popular, Fazura dan Fattah Amin dengan rasa penuh kesyukuran telah pun mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Terbaru, menerusi satu kenyataan media, buat masa ini, Fazura mengakui dirinya dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Menurutnya, dia tidak pernah merasakan perasaan seperti ini dan baginya ini adalah anugerah terindah yang diberikan Allah kepadanya.

“Saya tidak pernah merasakan perasaan seperti ini dan ini merupakan antara anugerah terindah yang diberi oleh Allah S.W.T terhadap kami berdua.

“Semenjak kami mendirikan rumahtangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa jua rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.

“Alhamdulillah akhirnya, berkat doa  kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan juga para peminat yang sentiasa tidak pernah putus mendoakan kami, akhirnya doa kami semua dimakbulkan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Malah menurut Fazura, sejak mendirikan rumahtangga bersama Fattah, bintang filem ini sering berhadapan dengan persoalan tentang kehamilan dari para media, peminat dan kenalan sekeliling.

Fazura juga pernah berjanji sekiranya dirinya mengandung, peminat dan juga rakan-rakan merupakan antara yang pertama akan mengetahuinya.

Kini berita tersebut telah pun menjadi kenyataan dan mereka telah membuat pengumuman di laman Instagram masing-masing pada Jumaat.

Fazura juga merakamkan rasa syukur dengan kelancaran trimester pertama kandungannya.

“Dalam kondisi yang kita semua sedang hadapi sekarang, saya kini sedang berehat di rumah.

“Alhamdulillah saya bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk setakat ini dan saya sangat teruja untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Sementara itu, Pengarah Universal Music Malaysia, Kenny Ong, turut meluahkan rasa kegembiraan untuk pasangan yang sinonim dengan sapaan #FattZura itu.

Menurutnya, Fazura dan Fatttah sudah menjadi keluarganya sendiri dan semstinya berita ini amat menggembirakannya.

“Kami sudah menganggap Fazura dan Fattah seperti keluarga kami sendiri dan berita ini pastinya sangat dinantikan.

“Kami mengharapkan mereka berdua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan.

“Kami juga tidak sabar untuk meraikan kelahiran cahayamata pertama mereka,”

Terdahulu, Fazura dan Fattah telah berkongsi berita gembira ini di laman Instagram masing-masing pada petang Jumaat.