Syed Mokhtar Al-Bukhary Beli Syarikat Utusan dan Kosmo

Semua sedia maklum tentang penutupan Utusan dan Kosmo beberapa hari lepas yang menyaksikan beratus pekerja telah diberikan notis.

Malah, jika anda layari laman web Utusan dan juga Kosmo, skrin utama telah digantikan dengan paparan berikut.

Paparan Utusan Online

Paparan Kosmo Online

Namun begitu, khabar gembira diterima di mana sebuah firma berkait Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menjadi pemilik majoriti syarikat yang memegang permit percetakan Kosmo! dan Utusan Malaysia.

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd berkata ia akan melupuskan 70 peratus saham anak syarikat milik penuhnya, Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd.

“Ia untuk memastikan akhbar Utusan Malaysia yang telah berusia 80 tahun tidak dikuburkan dan akhbar Kosmo! yang berusia 15 tahun dapat diteruskan,”

Aurora Mulia secara agresif telah menambah pegangan sahamnya dalam Media Prima Bhd dengan pegangan saham sebanyak 31.22 peratus.

Di antara pengarah syarikat Aurora Mulia adalah anak Syed Mokhtar iaitu Syed Danial.

Syed Mokhtar secara tidak rasmi kelihatan sedang menjadi pemilik aset media terbesar di negara ini.

Malah, Aurora Mulia merupakan pemilik saham terbesar Media Prima.

Media Prima merupakan pengeluar kepada surat khabar News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Syarikat ini juga turut beroperasi yang menayangkan enam saluran percuma di TV dan empat saluran radio.

Diharapkan penjualan Utusan dan Kosmo kepada syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dapat menghidupkan semula syarikat yang berusia lebih 80 tahun ini.

Dan juga dalam masa yang sama dapat memberikan semula peluang kerja kepada semua staf yang telah menerima notis sebelum ini.