“Syabas anak muda. Salute!” Bantu Mangsa Banjir di Kelantan, Netizen Bangga Dengan Syahmi Sazli & Isteri

Kelantan merupakan antara negeri yang terkesan teruk oleh bencana alam banjir. Selain pihak kerajaan, rakyat yang lain juga bertungkus lumus turun padang untuk menghulurkan bantuan.

Iospital phone repair gombak

Antara yang disumbangkan adalah makanan, pakaian, peralatan mandian, keperluan untuk tidur dan macam-macam lagi bagi mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan.

Terbaharu, influencer sosial media yang terkenal di YouTube terutamanya, Syahmi Sazli dipuji ramai selepas dia, isteri, dan seluruh pasukannya sama-sama meringankan beban mangsa banjir di Kelantan.

Menerusi beberapa buah video yang dikongsikan oleh Syahmi di TikTok, lelaki asal Kelantan itu telah berkunjung ke Kubang Kerian, di mana antara lokasi yang terjejas dengan air bah.

Dilihat banyak stok makanan yang dibungkus ke dalam beg plastik untuk diberikan kepada keluarga yang terjejas.

Dalam pada itu, mereka juga berkunjung ke beberapa buah kedai untuk membeli keperluan mangsa banjir. Habis semuanya diborong oleh Syahmi!

“Syukur Alhamdulillah proses bantuan dapat disampaikan dan segalanya berjalan dengan lancar,” tulis Syahmi di ruangan kapsyen.

Untuk pengetahuan semua, Kubang Kerian antara daerah yang terjejas akibat bencana banjir susulan hujan lebat yang berterusan sejak minggu lalu.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama apabila pada Februari lalu daerah tersebut turut menghadapi bencana yang sama.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bangga dengan Syahmi dan isterinya yang membantu ‘orang kampung’ sendiri tak kala dalam kesusahan. Tak lupa juga dengan kerjasama yang disumbangkan oleh pasukan mereka berdua.

Malah, mereka mendoakan agar lelaki itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“syabas anak muda!!! salute mi. klu perlukan tenaga kerja,roger mie. kito nk join..”

“terbaik syahmin nga nisa”


“terbaik la bos x pernah mengecewakan rakyat kelate cukup bangga dengan anda suami isteri n team tok gogek sikit habuk boh 👍👍”

“terbaik syahmi👍👍👍👍👍”

“gembira dan terharu dengan Team Syahmi dan Nisa ni… teruskan niat murni kome ye..”

Video yang tular di laman TikTok

@kisahsisyahmi Syukur Alhamdulillah..Semua nya berjalan dengan lancar. #syahmisazli #anissafaizul #banjir2022 #prayforpantaitimur ♬ original sound – __Sampah Kompleks – SAMPAH KOMPLEKS