“Suspek didakwa meraba-raba..” Taktik Keji Kakitangan Hospital Terbongkar

Seorang lelaki tampil membuat laporan polis apabila telah trauma dengan rawatan yang diterima ketika datang ke hospital sebelum ini.

Beliau yang diberitahu pesakit perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum bertemu doktor, menjadi taktik keji seorang kakitangan lelaki sebuah hospital untuk mencabul dan melakukan perbuatan tidak bermoral ke atas pesakit lelaki.

Suspek membawanya untuk menukar pakaian

Ketika kejadian berlaku pada 2.15 petang Isnin lalu ketika mangsa berusia 27 tahun hadir ke wad kecemasan hospital itu berikutan demam denggi, sebelum suspek membawanya untuk menukar pakaian.

Menurut sumber sebaik selesai mengenakan pakaian hospital, mangsa mendakwa dibawa ke satu bilik dan suspek berpura-pura ingin memeriksa mangsa dan mengarahkan dia menanggalkan seluar.

Suspek didakwa turut mengambil seluar dalam mangsa

“Suspek didakwa meraba-raba, mencabul dan melakukan perbuatan keji kepada mangsa serta kejadian berlaku beberapa minit sebelum terhenti apabila doktor masuk ke bilik itu”.

“Mangsa yang pelik dengan tindak tanduk suspek kemudian menceritakan kejadian kepada doktor, selain suspek didakwa turut mengambil seluar dalam mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Mangsa datang membuat laporan polis 

Menerusi laporan Harian Metro, sumber berkata, susulan itu doktor telah menasihatkan mangsa membuat laporan polis.

“Dia yang trauma dengan kejadian itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi,” katanya.

Suspek masih belum ditahan kerana sedang jalani kuarantin 

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Suspek masih belum ditahan kerana sedang menjalani kuarantin Covid-19 dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya.