Sup ‘Antibiotik’ Untuk Anak Demam Kembali Bertenaga, Ini Resepinya Mudah Dan Berkesan

Memandangkan sekarang cuaca tidak menentu, panas yang melampau dan hujan lebat dipetang hari menyebabkan ramai yang jatuh sakit. Tidak terkecuali kanak2 yang bersekolah dan anak2 kecil yang aktif bermain diluar rumah.

Ibu bapa mana yang tidak berasa susah hati melihat anak-anak mereka lemah lesu ketika demam sedangkan hari biasa anak-anak ini begitu aktif seharian.

Tambah merisaukan apabila anak-anak ini tidak mempunyai selera makan jadi badan mereka semakin lemah. Seorang ibu berkongsi satu resepi yang dinamakan sup antibiotik yang diberikan kepada anaknya ketika demam.

Mari kita lihat perkongsian resepi yang dipanggil sup antibiotik oleh saudari Julia Daud

Sejak beberapa hari ini, Wiyyah agak kurang sihat sebab demam dan batuk. Apabila anak kecik tidak sihat, mulalah mereka meragam dan tidak mempunyai selera makan.

Hati mak mana lah yang tidak risau bila anak sakit. Badan Wiyyah pun kelihatan letih,mukanya pun nampak lesu tidak bermaya. Doktor bekalkan ubat demam dan cair kahak untuk dia.

Kalau ibu-ibu rajin search di Google, tentu pernah terbaca tentang “sup antibiotik” kan?Menu sup begini memang sesuai untuk anak yang demam bagi mengembalikan tenaga dan merawat penyakit dengan izinNya.

Resepi Sup Antibiotik

Bahan-bahan:

  • 5 biji buah pelaga
  • 5 -7 biji bunga cengkih
  • 5 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 ulas bawang merah | dicincang halus
  • 3 biji lada hitam | dihancurkan
  • 1 batang lobak merah | dipotong dadu
  • 3 batang celery / ikan bilis
  • ayam / ikan /daging (sumber protien)
  • sedikit daun sup atau daun bawang
  • 3 cawan air

Cara-cara membuat sup antibiotik ini adalah seperti berikut: 

1. Sediakan bahan seperti di gambar berserta 3 cawan air. Kemudian, sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut cita rasa anda sendiri.

2. Selepas itu, bolehlah masukkan kesemua bahan ke dalam air yang telah direneh tadi dan tunggu hingga ia mendidih.

Terpulang kepada ibu- ibu jika mahu menggunakan kaedah menumis. Anda boleh tumiskan rempah ratus dahulu dan bawang menggunakan unsalted butter atau minyak masak ataupun jika mahu lebih bagus anda boleh menggunakan Pure Olive Oil pon.

3. Kemudian, pastikan lobak merah dan ayam tadi telah empuk. Bolehlah anda  taburkan daun sup ataupun pon daun bawang terpulang jika anda mahu meletakkan bawang goreng sebagai hiasan tambahan.

4. Anda boleh hidangkan sup antibiotik tadi bersama karbohidrat seperti bubur nasi, mee hoon,noodle pelbagai perisa mahupun pasta. Anda juga boleh taburkan sedikit mix herbs semasa menghidang.

Siap, anda boleh hidangkan pada anak-anak.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua pembaca. Anda bolehlah cuba resepi ini jika ada ahli keluarga yang jatuh sakit. Semoga ia membantu anda dan akhir sekali selamat mencuba!