“Suka tengok apak goreng. Sempoi je” Video Duet Chombi Dengan Apak Tular, Netizen Puas Hati Dengar Nyanyian Live Sama Macam Dalam MV

Biarpun baru mencipta nama dalam industri muzik, nama penyanyi Chombi sudah ‘melekat’ di hati ramai apabila mendapat perhatian selepas lagu-lagunya sering mendominasi carta tontonan di laman YouTube.

Iospital phone repair gombak

Anak kepada komposer dan penyanyi terkenal, Harry Khalifah (Apak) ini kini mengekalkan populariti sedia ada menerusi single terbarunya, Sayunk I Love You yang merupakan ‘buah tangan’ kedua diterbitkan.

Sebelum ini, gadis berusia 15 tahun ini dikritik apabila suaranya dalam muzik video (MV) kedengaran berbeza berbanding ketika menyanyi secara langsung (live).

Sehinggakan apabila munculnya lagu baharu daripada Chombi, membuatkan warganet ingin mendengar terlebih dahulu nyanyian secara live.

Bagaimanapun, suara Chombi apabila menyanyi secara live dipuji ramai apabila kedengaran tiada beza menyanyi ketika live dan dalam MV Sayunk I Love You yang dilancarkan di YouTube.

Menerusi satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, Chombi menyanyi duet seketika bersama ayahnya. Rakaman panjang Chombi menyanyikan lagu kedua miliknya itu menerima pujian netizen.

Sejak video ini dimuat naik beberapa hari lalu, ianya berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 709 ribu serta mendapat 38.2 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, ramai yang memuji kehebatan vokal Chombi. Ada yang mengatakan suara asli Chombi tidak perlu menggunakan auto-tune. Dalam pada itu, netizen suka melihat gandingan anak beranak itu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“mmg ori mat,xyh nk autotune”

“sedapnya suara chombi🥰”


“sweetnya anakanda dan ayahanda”

“sedap suara kak Combi merdu gila comel lah kak combi🥰🥰🥰”

Video yang tular di laman TikTok

@kucing_owsem Suka tengok apak goreng 😍 Sempoii je 😂 #tiktok #rocketleague #rockkapak ♬ bunyi asal – OyenzZ