Sugu Pavithra Padam Semua Video Youtube, Netizen Luah Rasa Terkejut

Sebelum ini telah tular kisah mengenai Youtuber terkenal iaitu S. Pavithra dikatakan telah diserang oleh suaminya sendiri iaiatu M. Sugu.

Suami isteri yang ceria dalam video masakan

Melihatkan perhubungan suami isteri itu yang ceria di dalam video masakan mereka nyata membuatkan peminat terkejut dengan berita ini.

Difahamkan, insiden tersebut dikhabarkan berlaku apabila Pavithra dikatakan tidak menyebut nama suaminya semasa majlis penganugerahan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 tempoh hari.

Meskipun kes berkenaan dibawa sehingga ke mahkamah, namun wanita tersebut telah bertindak memaafkan perbuatan ganas suaminya itu.

Pavithra mahu meneruskan kehidupan bersama keluarga seperti dahulu

Malah, Pavithra turut menegaskan bahawa mereka mahu meneruskan kehidupan normal bersama keluarga tanpa dikenali orang ramai seperti dahulu.

Namun begitu, Pavithra berkata dia masih lagi akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Saluran youtube Sugu Pavithra kosong tanpa video

Bagaimanapun, kebanyakan peminat meluahkan rasa terkejut apabila melihat saluran rasmi pasangan itu yang kini sudah kosong tanpa sebarang video pun.

Ekoran tindakan drastik tersebut, ramai yang berasa sedih kerana tidak dapat lagi menonton video masakan yang dihasilkan oleh Pavithra itu.

Mereka memerlukan masa untuk berehat

Ramai yang berpendapat berkemungkinan Pavithra memerlukan masa berehat seketika daripada perhatian ramai selepas insiden ini.

Semoga pasangan Youtuber kegemaran ramai ini kembali berkongsi video masakan mereka selepas ini.