Suami Penat Jelaskan Maksud ‘Offside’ Kepada Isteri Sampai Menangis Buat Ramai Boleh Relate

Bagi wanita yang sudah berkahwin, menemani si suami menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen sudah menjadi perkara biasa.

Iospital phone repair gombak

Namun kadang-kadang pelbagai soalan yang terlintas di fikiran wanita. Ya lah, permainan bola sepak pun banyak juga peraturan dan istilahnya, membuatkan kaum hawa keliru.

Persis situasi suami isteri yang tular baru-baru ini di TikTok, membuatkan yang menonton ketawa melihat gelagat mereka!

Menerusi video yang dikongsikan oleh @wargapasming, isterinya sedih sehingga mengalirkan air mata kerana masih tidak mengerti maksud offside walaupun sudah diterangkan berkali-kali.

Bukan itu sahaja, si suami turut ketawa melihat gelagat isterinya. Malah, kelihatan sudah penat melayan persoalan isterinya ketika menonton perlawanan bola sepak.

Situasi lucu ini secara tidak langsung menarik perhatian kaum lelaki. Mereka turut faham akan perasaan si suami berkenaan.

Lebih mengujakan, ada yang siap bantu lelaki ini menjelaskan maksud offside!

Sejak rakaman mencuit hati ini dimuat naik, jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 2.6 juta manakala meraih sebanyak 285.7 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat pasangan suami isteri itu, lagi-lagi isteri yang ketawa sambil menitiskan air mata.

Dalam pada itu, ramai juga yang boleh relate dengan situasi berkenaan kerana akui masih tidak faham maksud offside walaupun sudah dijelaskan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Org tak minat bola tapi berminat nk tanya ttg bola😭saya lah itu”

“HAHAHAHAHAHAHA AKU SAMPAI MALAS NAK TANYA SBB BUKAN FAHAM PON 😭”

“yg ditau hanya masuk gawang itu goal😞🙏🏻”


“Tolong sabar ye u…”

“Relatable. I don’t understand till today.”

“heart is a hurt”

“i feel you sis😂😂😭😭😭😭”

Video yang tular di laman TikTok

@wargapasming “Itu udah gol tapi kenapa skornya ga nambah sih?” 🗿 #WorldCup2022 #Nobar ♬ suara asli – Sadvibes🥀