Lelaki Ini Rekomen Hadiahkan Mesin Dryer Untuk Ringankan Tugas Isteri, Ini Penjelasannya

Ramai para isteri yang menghabiskan banyak masa untuk mencuci baju, menyidai, melipat dan menggosok baju setiap hari.

Jika anda bekerja dan tiada pembantu rumah, kerja-kerja itu akan memakan masa dan tenaga yang banyak untuk menyelesaikan tugas tersebut.

Tambahan pula jika anda mempunyai keluarga yang besar dan tinggal di apartment ia akan menyukarkan proses pengeringan kerana memakan ruang yang besar untuk menyidai kain.

Jadi ramai di antara kita lebih gemar membasuh baju di dobi yang menyediakan dryer untuk mempercepatkan proses pengeringan baju dan memudahkan kerja seharian.

Satu perkongsian menarik yang dikongsikan oleh Tuan Mohd Fhais  mungkin boleh dijadikan contoh untuk para suami menghadiahkan sesuatu yang manfaat kepada isteri anda.

Beliau menghadiahkan sebuah mesin dryer untuk memudahkan urusan harian isterinya dan menyatakan kelebihan membeli mesin tersebut.

Inilah hadiah paling bermanfaat saya pernah beri pada isteri.

Kalau serius nak bantu ringankan tugas isteri, saya rekemen bagi sebiji dryer mesin ni kat rumah kerana sebiji mesin ni sahaja boleh selesaikan berpuluh masalah dalam rumah.

Antaranya manfaatnya adalah :

  1. Jimat Masa

Jimat masa kerana baju lebih cepat kering. Dah tak perlu nak tunggu sehari suntuk jemur baju di ampaian. Itu pun kalau langit cerah, kalau mendung 2-3 hari belum tentu kering.

2. Kerja jadi mudah.

Lepas basuh terus masuk mesin dryer. Dah tak perlu masuk bakul, angkat satu-satu bawa ke ampaian. Dapat ampaian jauh, boleh sado badan isteri tu angkat bakul hari-hari.

3. Baju tak berhabuk.

Habuk, benang, debu semua dia sedut. Bila jemur bawah matahari 3 benda dia tak sedut. Malah tambah teruk lagi ada la, dengan asap kereta, asap rokok, pasir berterbangan lagi.

4. Kurang risiko kena bulu kucing.

Kucing mana boleh nampak kalau ada port untuk landing ni. Mula la dia nak mengepet. Penuh bulu kucing kat baju. Kalau kucing jantan lagi bahaya, dia main pancut je kat ampaian tu.

5. Privasi pakaian terjaga.

Dari besar sampai kecil pakaian semua ahli keluarga kita ada privasi sikit. Tak ada la jadi tatapan mata orang lain yang lalu lalang kat situ. Selamat dari fitnah juga.

6. Isteri tak payah risau tentang aurat.

Semua buat dalam rumah. Ini manfaat paling besar sebenarnya. Kadang angkat baju tudung lupa pakai. Kalau hari hujan berlari nak angkat baju, tak perasan dah baju di pakai tu sempurna ke tak tutup aurat.

Ini belum cerita lagi manfaat seperti senang nak lipat baju, baju tak tersangkut, baju tahan lama dan berpuluh lagi manfaat lain yang memang boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat kerja orang rumah.

Bila isteri dah tak banyak buang masa dengan tugas basuh baju ni baru la dapat dia nak berkepit dengan suami 24 jam.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Bukan je dapat keringkan baju, malah dapat buat hati isteri semakin cair meleleh tau.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua dan pujuklah suami korang hadiahkan mesin dryer.