Suami Buat ‘Fashion Show’ Pakai Baju Isteri, Aktiviti Hari Keluarga Ini Curi Perhatian Ramai!

Kebiasaannya keluarga besar berkumpul bersama-sama ketika menyambut hari perayaan demi mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Iospital phone repair gombak

Malah bukan hari perayaan sahaja, Hari Keluarga turut diadakan disertai dengan pelbagai aktiviti menarik yang mampu menjadikan hubungan kekeluargaan semakin erat.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh @iedaharun_ di laman TikToknya itu, yang memperlihatkan detik-detik bersama keluarganya.

Tetapi apa yang menarik perhatian orang ramai ialah salah satu aktiviti yang dilakukan oleh mereka sekeluarga dalam video tersebut.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh mereka itu ialah para suami diminta untuk memakai pakaian isteri mereka dan harus memperagakan pakaian tersebut seperti ‘fashion show’.

Apa yang lebih menghiburkan warganet adalah apabila pakaian yang diperagakan oleh mereka itu ‘sebiji’ seperti mak cik-mak cik yang baru pulang dari ‘membawang’ atau bergosip.

Bukan itu sahaja, saiz perut mereka yang terlihat seakan wanita mengandung juga buat orang ramai pecah perut melihatnya.

Antara pakaian yang dipakai ialah baju kelawar dan kain batik sehinggakan ramai ahli keluarga lain terhibur melihat mereka.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular itu telah berjaya meraih sebanyak 29.1K tontonan, 2049 tanda suka, dan 203 komen di laman platform sosial tersebut.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya terhibur apabila melihat aksi para suami dalam aktiviti hari keluarga mereka itu.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang berdekah melihat aksi si suami yang bertudung coklat dan berpendapat bahawa si suami yang terakhir di runway itu turut mencuri perhatian ramai kerana kelihatan persis betul seperti wanita.

Antara komen netizen:

“yg baju tudung coklat tuh aduih senak perut aku terkntut2 aku gelak wey..”


“tudung merah tu sbjik mkck2 yg bru lps mesyuarat pintu”

“Pakcik tudung coklatttt, jgn sampai saya jumpa pakcik tau!!!!

“Weh yg last tu sumpah ingat pompuan betoii ”

Video TikTok yang tular:

@iedaharun._ Replying to @اتيكه‍♀️ nah full video nyaa #foryoupage #familydancechallenge ♬ original sound –