Suami Angkut Anak Pergi Main Badminton, Rupanya Si Isteri Nak ‘Me Time’ Buat Ramai Terhibur

Menjadi seorang suri rumah bukanlah satu perkara yang mudah bahkan ‘pekerjaan’ tersebut sememangnya tiada cuti, tiada mc, tiada bonus.
Iospital phone repair gombak
Ramai yang menganggap menjadi suri rumah sangat santai dan rileks, namun hakikatnya ia sangat memenatkan apatatah lagi bila perlu melakukan perkara yang sama setiap hari.

Jadi, suami haruslah mengambil peranan memahami si isteri dengan bergilir-gilir menjaga anak jika mereka mahu ber ‘me time’ sekali sekala.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki membawa anaknya pergi bermain badminton mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @qilahbenny, kelihatan lelaki itu sedang berada di court badminton untuk berlawan dengan kawannya.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah dia bermain badminton sambil mendukung anaknya menggunakan tangan kanan manakala tangan kiri digunakan untuk memegang raket.


Rupa-rupanya, dia diminta oleh isterinya supaya membawa anak mereka sekali kerana si isteri inginkan me time.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur sekaligus berseloroh mengatakan biar si suami pula yang merasa macam mana si isteri masak sambil dukung anak.

“Kalau anak aku ni, mmg tak la bapaknya nak dapat main badminton. Dah jadi acara kejar-mengejar keliling court hahahah” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui anak mereka tidak akan duduk diam apabila berada di court badminton kerana akan berlari ke sana sini.

Antara komen warga maya:’

“Takpe bang, saya selalu ikut ayah saya main badminton.. keje saya kutip bulu tangkis dah penat tido”


“Hahahaha biar dia rasa sekali macam mana masak sambil dukung anak”

“Kena buat match, semua bapak pegang anak.. barulah tau siapa betul2 champion”

“Suami saya pula semua dia angkut kalau nak main futsal ke apa.. beli makanan suh tengok dia main”

“Hahahaha biaq kat depa sebab kita pun nak me time”

“Dulu abah bawak aku 2 beradik pergi main takraw tau, siap pakej bola takraw hinggap atas kepala aku.. sakittt”

Stress member sampai tak pakai kasut dah hahahaa”


Video yang tular di laman TikTok:

@qilahbennyLaaaa kita keluar ngn kawan kita angkut anak sekali tau.

♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – It’s fifty.💋💅🏻✨