Solat Tarawih Diadakan Di Tengah Times Square New York, Tindakan Kumpulan Pendakwah Ini Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Pandangan agama Islam di mata negara Barat seringkali dikaitkan dengan aktivis keganasan dan ekstremis.

Iospital phone repair gombak

Walaupun stereotaip mereka terhadap Islam itu sebahagiannya salah, kebanyakan mereka masih tetap menganggap Islam ini sebagai agama ‘terrorist’.

Oleh hal demikian, sebuah kumpulan pendakwah dari Amerika Syarikat ingin membawa imej Islam yang lebih mesra serta bebas daripada keganasan.

Kumpulan pendakwah bebas itu difahamkan telah berjaya menjayakan Solat Tarawih perdana yang diadakan di sebuah lokasi popular dunia iaitu bertempat di Times Square, New York.

Menerusi ciapan Twitter yang dimuat naik oleh @Alhamdhulillaah itu, dapat dilihat ramai individu yang beragama Islam hadir turun ke dataran Times Square itu untuk menunaikan solat Tarawih bersama-sama.

Difahamkan, solat Tarawih itu dibuat sebagai salah satu langkah untuk orang ramai mengenali Islam dengan lebih dekat serta menjauhkan mereka daripada stigma negatif terhadap agama suci ini.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan respons positif terhadap usaha mereka untuk memaparkan bahawa indahnya agama Islam ini dan ada juga yang meluahkan rasa terharu melihat kejayaan pendakwah kumpulan bebas ini mengumpulkan umat Islam di Amerika Syarikat.

Namun begitu, ada pula sesetengah warganet yang memberikan kritikan dengan menyatakan bahawa solat Tarawih itu boleh sahaja diadakan di masjid berdekatan, bukannya di tengah-tengah lokasi yang sesak dengan orang ramai dan juga di jalan yang kotor.

Antara komen netizen:

Ciapan Twitter yang tular: