Sindir Penampilan Anna Jobling, Siti Khadijah Tampil Mohon Maaf & Akui Tiada Niat Untuk Mengaibkan

Terdahulu, seorang selebriti wanita yang baru meningkat naik didakwa mempertikaikan penampilan Anna Jobling yang dijemput menghadiri sebuah program hiburan malah dia turut menyindir pelakon tersebut di platform media sosial.

Susulan hal tersebut, Anna mengakui dia hanya sedar tentang perkara tersebut selepas diberitahu oleh peminatnya dan meluahkan rasa kecewa serta kesal dengan tindakkan individu berkenaan yang tidak mahu berterus terang kepadanya.

Iospital phone repair gombak

Oleh itu, ramai netizen yang memetik nama Siti Khadijah gara-gara status berbau sindiran yang dimuat naik olehnya.

Baru-baru ini pelakon yang popular menerusi drama Dia Yang Kau Cinta ini tampil memohon maaf kepada Anna Jobling dan Meerqeen tentang hal tersebut.


Memetik sumber, Siti mengatakan perkongsian tersebut hanya sekadar luahan hati dan tidak mempunyai niat sama sekali untuk memburukkan dan mengaibkan mana-mana pihak.

“Saya tak ada niat nak aibkan mana-mana pihak, saya fikir dua kali sebelum saya tulis dan post. Apa yang saya tulis itu datang dari hati, untuk diri saya bukan nak aibkan atau menjatuhkan orang lain…”

“Saya dengan Anna kawan bukannya lawan. Mungkin penulisan saya disalah anggap sesetengah pihak. Ikhlas dari hati, saya ingin memohon maaf kepada Anna dan Meerqeen atas kata-kata saya di laman sosial menyinggung perasaan mereka…”

“Saya ambik peluang ini untuk mohon maaf kepada mereka. Tak ada niat buruk pun dekat mana-mana pihak,” katanya.

Tambahnya lagi, dia akan mengambil perkara ini sebagai pengajaran buat dirinya. Lebih-lebih Siti Khadijah juga merupakan nama baharu dalam industri seni dan akan berhati-hati dalam setiap perkongsiannya.

“Apa yang terjadi, saya ambil sebagai pengajaran… sebab saya pun baru dalam industri ini dan masih cari rezeki. Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap penulisan di laman sosial…”

“Saya memang tak niat langsung nak burukkan mana-mana pihak. Kepada sesiapa nak tegur, tegur la saya. Mungkin cara penggunaan penulisan saya tu salah. Andai boleh undur masa, saya tak nak pun tulis benda yang akan jadi isu, saya tak nak terpalit dengan kontroversi yang tidak baik,” ujarnya.