Sering Ditanya Tentang Hal Peribadi, Syafiq Kyle Minta Fokus Soalan Tentang Kerjaya

Sudah menjadi lumrah seorang individu yang bergelar selebriti akan berhadapan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Meskipun mereka adalah pelakon ataupun penyanyi yang hebat masyarakat lebih fokus kepada persoalan yang melibatkan kontroversi, perkahwinan dan sebagainya.

Iospital phone repair gombak

Terdahulu, seorang selebriti lelaki terkenal Syafiq Kyle yang sering menjadi kegilaan segelintir golongan wanita kerana wajahnya yang kacak ini telah terpalit dengan khabar angin yang mendakwa dia dan teman wanitanya iaitu Mimi Lana bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

Namun, pelakon ini telah menafikan semua dakwaan tersebut dan mengatakan tidak pernah meletakkan sebarang tarikh untuk perkahwinannya.

Susulan isu tersebut, pasti ada pihak dan peminat yang lebih tertarik dengan soalan peribadi berbanding kariernya ataupun promosi filem. Manakan tidak, ramai yang menunggu dan tertanya-tanya tentang perkara berkenaan kerana dia dan Mimi juga sudah berkenalan hampir 5 tahun.

Walau bagaimanapun, Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini tampil meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang lebih pentingkan soalan peribadinya.

Memetik sumber, Syafiq mengatakan bukan kerana rimas ataupun muak dengan soalan berkenaan namun dia mahu orang ramai untuk memberikan fokus kepada promosi drama dan filemnya.

“Saya nak jelaskan tentang kebimbangan saya. Saya bekerja dari bulan satu hingga sembilan tanpa henti dan saya ada beberapa promosi drama. Setiap kali saya hadir untuk promosi tidak ada satu pun yang memberikan fokus tentang drama saya… Saya rasa sedikit kecewa jadi tak mengapa, saya rasa tidak perlu lagi untuk dipanjangkan…”

“Saya rasa semua orang dah faham dan tahu, jadi biarlah di situ. Sampai masa yang sesuai ia akan terjadi juga. Mungkin benda itu orang dah tahu, cuma tiada kepastian, biarlah ia begitu.. saya tidak salahkan sesiapa cuma nak minta jasa baik semua pihak untuk memberikan lebih fokus kepada promosi..” katanya.


Sekadar info, Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah berkenalan sejak tahun 2016 sewaktu berlakon dalam filem seram Pusaka sebagai adik beradik kembar. Walaupun pernah putus cinta sekitar tahun 2020 mereka dilihat seolah-olah kembali bersama menerusi beberapa perkongsian di platform media sosial masing-masing.