“Siapa kenal saya, mereka tahu,” Menantu PM Jawab Dakwaan Naik Helikopter Diselamatkan Daripada Banjir

Negara kita sekarang sedang mengalami fasa sukar dan berduka apabila beberapa buah negeri di Malaysia ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.

Pastinya banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.

Bagaimana pun, disebalik kesusahan yang dihadapi oleh rakyat serta ada yang mengatakan bantuan lambat sampai, timbul satu isu yang kurang enak di dengari apabila ada yang mendakwa Datuk Jovian Mandagie yang juga merupakan menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah diselamatkan menaiki helikopter ketika terkandas banjir.

Namun pun begitu,pereka fesyen terkenal itu menafikan perkara tersebut serta sempat memuat naik penjelasan di laman Instagram miliknya.

“Isu helikopter, tak perlu dipanjang. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing dan buat video OOTD (oufit of the day) sakan. Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan begitu.

“Saya tak guna aset kerajaan, lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, teruskan tetapi itu adalah fitnah,” tegasnya


Bukan itu sahja, netizen juga mula mempersoalkan mengapa dia idak menggunakan helikopter tersebut untuk membantu orang ramai yang berada dalam kesusahan.

“Kenapa tak guna helikopter nak bantu orang ramai? Pasal itu helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu and turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” katanya.

“Saya tiba-tiba buat bantuan setelah kena viral di Twitter? Saya bantu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang, dan ikhlas!” tambahnya lagi


Tak suka saya, unfollow saja

“Kalau you tak suka saya, unfollow saja. Lebih baik bantu negara daripada terus mengecam perkara yang tidak benar tentang saya.

“Banyak perkara yang lebih baik perlu dilakukan bagi membantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara. Kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya,” katanya.

Difahamkn, isu ini mula tercetus apabila Jovian memuat naik paparan Waze berada di Shah Alam dan mengatakan agak mustahil baginya untuk pulang ke rumah disebabkan jalan sesak akibat banjir.

Menerusi sebuah lagi ig story lain, dia menunjukkan pemandangan dari udara melalui helikopter kemudian berkongsikan gambar dirinya bersama anak tersayang dengan kapsyen ‘home sweet home’.

Ekoran itu, warga netizen berasa kurang senang dan menyifatkan Jovian tidak sensitif dengan keadaan yang menimpa rakyat sehinggakan ada yang perlu menyelamatkan diri di atas bumbung rumah.