Siapa Gabenor Baru Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah.

Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus, Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),  telah diumumkan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baru berkuatkuasa 1 Julai ini.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Gabenor sebelum ini iaitu Gabenor BNM Kelapan, Tan Sri Datuk Muhammad Ibrahim (2016-2018). Gabenor BNM ke-8 iaitu Tan Sri Datuk Muhammad bin Ibrahim merupakan Gabenor BNM menggantikan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada 2016. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Mei 2016.

Datuk Nor Shamsiah sebelum ini memulakan kerjaya di BNM pada tahun 1987 dan pengalaman luas dalam pembentukan pengawalan kehematan, undang-undang, dasar dan garis panduan untuk sektor kewangan.

Beliau merupakan seorang graduan University of South Australia dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dan seorang Akauntan Bertauliah (CPA).

Datuk Nor Shamsiah juga terlibat dalam inisiatif penyelesaian sektor kewangan semasa krisis kewangan Asia pada tahun 2001 hingga 2010.

Beliau telah mengetuai siasatan berhubung syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada era pemerintahan Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato Seri Najib Razak sebelum meninggalkan BNM pada November 2016.