Siap ‘Makeup’ Ibu Ketika Bercuti, Fikry Ibrahim Sanggup Tinggalkan Karier Seketika Demi Jaga Orang Tuanya

Fikry Ibrahim merupakan seorang anak seni yang aktif dalam bidang lakonan, pelawak dan juga merupakan seorang pengacara beberapa rancangan televisyen di Malaysia.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun sekitar tahun 2021, dia akui terpaksa melupakan dunia lakonan dan kariernya sebagai anak seni buat sementara waktu.

Hal ini disebabkan dia mahu menjaga ibunya, Bibi Zaleha yang diserang angin ahmar pada waktu itu.

Difahamkan, Fikry menjaga ibunya yang menetap di kampung halaman di Jitra, Kedah.

Terbaru, video dimuat naik oleh Fikry memperlihatkan dia membawa ibunya yang berusia 74 tahun itu bercuti ke Langkawi telah berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi rakaman yang dimuat naik semula oleh @AfikryAibrahim di laman Twitternya, dapat dilihat Fikry sama sekali tidak kekok dalam menguruskan ibunya termasuklah menyiapkan dan memakaikan solekan pada wajah ibunya itu.

Dikatakan, kini ibu Fikry tidak berapa larat lagi untuk berjalan sejak diserang angin ahmar.

Oleh hal demikian, ibunya itu menggunakan kerusi roda untuk ke mana-mana lokasi.

Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet warganet memuji Fikry dan meluahkan rasa kagum terhadapnya kerana menjaga ibunya itu dengan begitu baik sekali.

Bukan itu sahaja, kebanyakan warganet turut akui berasa seronok menonton video berkenaan dan menitipkan doa buat pelakon itu dan ibunya itu.

Antara komen netizen:

Video yang tular: