Siap Ada Vespa Dalam Rumah! Warganet Teruja Tengok House Tour Rumah Nabila Razali

Siapa lagi tak kenal dengan penyanyi serta pelakon berbakat besar iaitu Nabila Razali.

Iospital phone repair gombak

Walaupun sudah beberapa tahun memeriahkan industri seni, Nabila atau lebih mesra disapa Bella sering menjadi bualan hangat ramai di media sosial.

Baru-baru ini, nama Bella sekali lagi mencuri tumpuan warganet selepas video temu bual yang dibuat di rumahnya tular di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama @sayabukandahlia, sesi temu bual itu berkonsepkan house tour.

Susulan video itu, ramai yang teruja melihat rumah Bella yang luas dan cantik, berkonsepkan minimalis!

Malah menurut warganet, rumahnya sesuai dijadikan lokasi penggambaran untuk orang-orang kaya.

Dalam video yang dimuat naik, dilihat Bella membuka pintu rumahnya menyambut kehadiran penemu bual dengan senyuman. Sambil berjalan dalam rumah, Bella sempat menjawab beberapa soalan mengenai dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terkesima dan tertarik melihat kecantikan reka bentuk dalaman rumah Nabila sehingga tidak fokus tentang perkara yang dibincangkan antara Bella dengan penemu bual.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“Serius aku tak fokus apa yg dia ckp sbb sebuk fokus kt rumah dia . Satu apa pun aku tak tahu apa yg dibincangkan 😂😂😂”

“Mmg cantik umh bella. Sumber inspirasi bella juga. Dia arkitek kalau bkn penyanyi. Lawa la bella 🥰🥰🥰😍💞💞💕”

“scooter tu je pon dah mahal.. lawaaa😳😳😳”

“Cantiknya simple je langsung tak serabut rumahnya 😩”


“lawa nya rumah…boleh dijadikan rumah untuk berlakon org2 kaya”

Video yang tular di laman TikTok

@calonmenantucikkiah Cantiknya rumah Nabila Razali. #housetour #NabilaRazali #rumahNabilaRazali #fypdongggggggg #fypage #fypシ゚viral #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #RombonganCikKiahKeAJL #KeranaCintaItuAda #SelagikuAda ♬ original sound – Mira Menantu Cik Kiah