Ingin Berkongsi Rezeki, Anzalna Bawa Bapa Tunggal Shopping Barangan Bayi

Tanpa kita sedar, ramai ibu mahupun bapa tunggal di luar sana sedang sedaya upaya membesarkan anak kecil mereka seorang diri tanpa pasangan.

Iospital phone repair gombak

Tak dapat dinafikan, selain memerlukan tenaga dan masa yang banyak, menjaga anak kecil sememangnya menelan wang yang banyak.

Baru-baru ini, nama pelakon jelita Anzalna Nasir melonjak semula selepas berkongsi rezeki dengan seorang bapa tunggal anak satu.

Menerusi video di Instagram milik Anzalna, dia dilihat menyantuni bapa tunggal tersebut, Mohd Azlan Roslan bersama anak perempuannya Nur Irdina Sofea dengan membeli-belah barangan dan keperluan bayi.

Aktres yang sering tular kerana gemar membantu orang ramai itu turut membawa putera sulungnya, Mohamad Eidrees bagi menceriakan lagi suasana bersama anak-beranak berkenaan.

Mohd Azlan mencari beberapa keperluan sesuai seperti makanan dan pakaian untuk kegunaan anaknya yang berusia 11 bulan itu.

“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Kali ni Anzalna bawa bapa tunggal bersama anak kesayangan membeli-belah di tempat kesukaan Anzalna,” tulisnya.

Dalam kapsyen sama, Anzalna meminta jasa baik pengikutnya untuk berkongsi maklumat sekiranya terdapat keluarga yang memerlukan bantuan dari segi keperluan bayi.

“InsyaAllah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah membeli-belah. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” tulisnya lagi.

Difahamkan, Mohd Azlan yang memiliki hampir 64,000 pengikut di aplikasi TikTok membesarkan anak tunggalnya seorang diri selepas berpisah dengan isteri sekitar Mei tahun lalu.

Di ruangan komen, rata-rata tersentuh serta mengucapkan terima kasih kepada Anzalna kerana sudi meghulurkan bantuan kepada bapa tunggal yang memerlukan ini.

Malah, netizen turut menitipkan doa buat aktres itu juga kepada bapa tunggal bersama anak perempuannya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram

“Selalu tgk tiktok abg ni. Semoga murah rezeki yg belanja abg ni”

“smga anzalna dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat Allah utk sekeluarga… terpancar riak gembira di wajah daddy dn cute girl 🥰”


“selalu tengok live abang ni kat tiktok. semoga ada ketabahan dan kesabaran untuk abang ni membesarkan anak seorang diri. Amiinn”

“Sedihnya tgk. Semoga murah rezeki Anzalna utk bantu yg lain ❤️”

“SubhanAllah❤️❤️❤️😢 terima ksh Puan Anzalna kerana sudi kongsi rezeki dgn insan2 yg memerlukan.. perbuatan mcm ni lah harta sbenar kita di akhirat nti.”

Video yang tular di laman Instagram dan TikTok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

@daddyirdina22 Anak manja daddy sowang ni. #daddydaugther #singledadlife #ilovemydaughter ♬ original sound – daddyirdina official