‘She’s Full Of Plastic!!!’ Tuduh Artis Korea Muka Plastik Di IG Tok Ti, Daler Yusuf Dihentam Kpopers.

Semalam berlangsung satu majlis yang membuatkan ramai rakyat malaysia berbangga dengan kejayaan Datuk Siti Nurhaliza mengenai produknya sendiri iaitu SIMPLYSITI yang mana menjadi antara jenama kecantikan halal malah kini sudah berkembang pesat.

SimplySiti Sdn. Bhd. (didaftarkan sebagai SimplySiti) ialah syarikat produk kosmetik dan kecantikan yang diasaskan pada 30 Mac 2010 oleh penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza dengan ibu pejabatnya beroperasi di Kuala Lumpur, Malaysia. Nama syarikat ini diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, “simplicity” yang bermaskud kesederhanaan.

Namun apa yang menjadi tumpuan buat peminat Datuk Siti yang merupakan penyanyi kegemaran no 1 malaysia ini, apabila dia memuat naik foto bersama pelakon Korea terkenal iaitu Lee Sung Kyung yang mana sangat terkenal menerusi drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo.

Bagaimanapun, ada sesetengah komen daripada pengikutnya di Instagram yang membandingkan kecantikan mereka menerusi foto yang dimuat naik oleh Datuk Siti yang telah meraih lebih 220 ribu likes.

Di ruangan komen, netizen berpandangan bahawa Wanita Melayu lebih cantik berbanding Wanita Korea yang mana bagi mereka terbukti menerusi foto yang di muat naik oleh penyanyi tersohor itu.

Malah, Daleryusuf meninggalkan komen dengan mengatakan Tok Ti lebih cantik dan penyanyi kpop cantik disebabkan plastik saja.

Seorang netizen meluahkan pandangan beliau bahawa tidak semua artis korea melakukan pembedahan kecantikan walaupun majoriti rakyat korea melakukannya.


Akibat daripada komen itu, Daler Yusuf teruk dihantam peminat kpop di laman instagramnya.

Biodata Siti Nurhaliza

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin SSAP, DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP. Beliau  lahir 11 Januari 1979) atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.

Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April di mana beliau menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records.

Single sulungnya, “Jerat Percintaan” telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.

Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Ratu Pop Malaysia.

Sepanjang kerjayanya, Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara.