Sengaja Prank Anak Beri Ugly Cake, Tak Sangka Anak Suka Siap Puji!

Beberapa minggu kebelakangan ini, tular di platform TikTok di mana anak-anak membuat prank kepada salah seorang ahli keluarga mereka dengan memberikan gambar kek hari jadi yang hodoh.

‘Mangsa’ akan diberitahu di WhatsApp kononnya rakan si pelaku prank baru hendak berjinak-jinak dalam bidang membuat kek. Oleh kerana ingin menunjukkan sokongan, mereka meminta pendapat mangsa kek yang mana patut dibeli.

Ia bertambah kelakar kerana mereka sebenarnya tidak tahu ia adalah gambar ugly cake daripada Google. Kritikan yang diberikan setelah melihat kek hodoh itu cukup menghiburkan sehingga masing-masingnya ketawa sepanjang perbualan yang menggunakan kemudahan voice note.

Baru-baru ini pula, reaksi seorang anak kecil kepada ugly cake yang diterimanya amat mencuitkan hati netizen! Awalnya, ibunya telah menunjukkan pelbagai jenis gambar kek buruk kartun animasi namun tak disangka-sangka semuanya disukai oleh kanak-kanak perempuan berkenaan.

Akhirnya, si ibu menempah kek Elsa berwajah jantan yang cukup menyeramkan para kanak-kanak. Walaupun ibu si comel itu menyangkakan anaknya bakal menangis, puterinya malah terpanah dan memuji kecantikan kek tersebut.

Sejak video ini dimuat naik, ia berjaya meraih 10 juta tontonan serta mendapat 1.2 juta tanda suka! Netizen terhibur dengan prank wanita berkenaan. Dalam pada itu, mereka gembira melihat reaksi jujur anak kecil tersebut dan menganggap dia pandai menjaga hati ibunya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat reaksi puteri wanita berkenaan. Malah, netizen turut sempat berseloroh akan wajah kek yang diberi oleh ibu si comel itu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Pengen ny elsa eh malah jai resah 😌”

“lama dia tenung tuu , betul ke rupa elsa macamnii”


“berusaha full senyum walau hati terkejut bukan main”

“terluka tapi tak berdarah 😂”

“takpa dik akak nangis untuk adik😭”

Trend tular di TikTok

@imshar95 Nasib lah firas aku jual nama kau. Mamy keras hati betul taknak support. Hahahaha #tiktokmalaysia #tiktok #fyp #foryoupage #cakeprank #prank ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

@syakkirah Menahan gelak sampai menagis aku 😂😂😂 #prankcake #funny #lawak ♬ original sound – Haipineapples 🍍

@bobbiethemenace ugly cake prank on my mom 😭 shes so sweet and gave words of encouragement #fyp #tiktokmalaysia #uglycakeprank ♬ original sound – Bobbie The Menace

Video yang tular di laman TikTok

@fitropfitrop Pada minta dipost yg polosan. Chiap Chayang. 🫡 #prankuglycake ♬ original sound – Fitrop

@fitropfitropInfo cari kue elsa penyok di mana? 😭😭😭 Ditagih teruss♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey