Semua Ahli KWSP Boleh Keluarkan Akaun 1 Sehingga RM10,000

Kerajaan akhirnya bersetuju pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Sinar dibuka kepada semua lapan juta ahli yang menghadapi masalah kewangan.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, perkara tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

“Sekarang lapan juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 sama ada mereka dibuang kerja atau tidak, dikurangkan gaji atau tidak,” katanya.

Tambah Tengku Zafrul, bagi pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah layak mengeluarkan wang sehingga maksimum RM10,000 berbanding RM9,000 yang diumumkan semasa Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Katanya, ini akan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM70 bilion