Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Permaisuri Agong, Tengku Puteri Iman & Tengku Puteri Jihan Dedikasi Ucapan Manis

Pada hari ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KBDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut ulang tahun keputeraan yang ke-60.

Menerusi perkongsian di media sosial, puteri-puteri baginda, Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Puteri Jihan Azizah tidak melepaskan peluang untuk mendedikasikan ucapan manis buat bonda tercinta.

We love you Ma

 

View this post on Instagram

 

Happiest Birthday to our beautiful Queen. May Allah bless you and protect you always 🙏🏻 We love you Ma❤️

A post shared by Tengku Puteri Iman Afzan (@imanabdullah) on

“Selamat ulang tahun keputeraan kepada pemaisuri cantik, semoga Allah merahmati dan sentiasa memberi perlindungan”.

“We love you Ma,” tulis Tengku Puteri Iman menerusi sebuah entri di Instagram.

Malah, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian dari netizen yang turut sama menulis ucapan istimewa kepada baginda Raja Permaisuri Agong (RPA).

Selamat ulang tahun keputeraan kepada ibu terbaik

Sementara itu di laman Twitter, Tengku Puteri Jihan turut mendedikasikan ucapan buat RPA.

“Selamat ulang tahun keputeraan kepada ibu yang terbaik, semoga Allah merahmati dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan, I love you mama,” tulis Tengku Puteri Jihan.

Tengku Puteri Jihan turut kongsi empat keping foto 

Menerusi perkongsian yang sama, Tengku Puteri Jihan turut berkongsi empat keping foto kenangan bersama baginda RPA.

Di kesempatan ini, pihak kami juga ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun keputeraan kepada KBDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Semoga Tuanku terus dirahmati dan dikasihi Allah SWT.