Sempena hari Ibu, Wak Doyok Hadiahkan Kereta Mewah Buat Ibu Tersayang

Hari Ibu merupakan satu hari yang dikhususkan untuk menyambut dang mengenang jasa Ibu yang diadakan secara global pada 12 May setiap tahun.

Seperti biasa, hari ini akan dipenuhi dengan ucapan dari anak-anak khas buat ibu tercinta dan ada yang memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada ibu.

Terbaru, selebriti popular Wak Doyok telah memuat naik sekeping gambar bersama ibunya sempena hari ibu ini.

Wak Doyok melalui kapsyen memberitahu telah menghadiahkan kereta mewah Vellfire khas buat ibunya.

“Sempena hari ibu hari ini saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta villfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara. Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insyallah.” 

 

Rata-rata memuji Wak Doyok dan mengatakan betapa beruntung ibunya dapat anak yang mengenang jasa orang tua.

Sebelum ini Wak Doyok juga pernah menghadiahkan banglo kepada kedua ibu bapanya setelah berjaya menjadi selebriti dan usahawan terkenal.

Bagi yang tidak mengenali Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor merupakan seorang usahawan, personaliti televisyen dan ikon fesyen Malaysia, terkenal dengan fesyen misai dan janggut yang unik.

Wak Doyok merupakan pengasas bersama jenama pakaian The Garment dan cerut WD Cigar.

Selain berkhidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai, Wak Doyok turut mempunyai rangkaian perniagaan produk seperti krim jambang, Kopi Wak Doyok dan minyak rambut Pomade.

Di antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer dari kumpulan Forteen, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.

Terbaru, Wak Doyok juga telah melancarkan jenama pakaian lelaki terbaru, MEGWAK.

Semoga apa yang dilakukan oleh Wak Doyok ini menjadi contoh tauladan buat semua anak.