“Sempat merangkak ke bilik..” Mengadu Pening Kepala Lepas ‘Test’, Pelajar IPTA Meninggal Dunia

Semalam mendengar khabar duka apabila seorang pelajar di sebuah universiti awam di Kedah telah disahkan meninggal dunia.

Punca kematian pelajar tersebut dipercayai akibat berlakunya pendarahan pada bahagian otak.

Pelajar tersebut alami tekanan dan tidak cukup tidur

Malah, ada sumber mendakwa Allahyarhamah juga mengalami tekanan yang melampau dan tidak cukup tidur disebabkan mengejar ‘deadline assignment’.

Tanpa diduga pada hari ini pula, satu lagi khabar duka diterima apabila seorang pelajar univerisiti awam pula telah dijemput Ilahi.

Seorang lagi pelajar dipercayai tidak sedarkan diri 

Memetik laporan Kosmo, pelajar berkenaan dipercayai tidak sedarkan diri di rumah keluarganya sekitar jam 5 pagi.

Allahyarham yang dikenali dengan nama Mohd Adham Hazim merupakan seorang pelajar yang menuntut di sebuah universiti awam di Jengka, Pahang.

Allahyarham alami pendarahan pada bahagian otak

Allahyarham telah dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu sekitar jam 5 pagi.

Menurut sumber, Allahyarham yang mengalami pendarahan pada bahagian otak kemudian dimasukkan ke wad ICU.

Merangkak ke biliknya minta pertolongan

Menurut ayah Allahyarham iaitu Mohd. Rizaini Ghazali memberitahu anak lelakinya itu sempat merangkak ke biliknya untuk meminta pertolongan.

Ujar beliau lagi, sejak kebelakangan ini, Mohd Adham dikatakan sering tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan semester akhir yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Keadaan anak saya kritikal kerana dua urat kepalanya putus

Doktor memberitahu keadaan anak saya agak kritikal kerana dua urat kepalanya putus sebelum disahkan meninggal dunia pada malam tadi (semalam).

Difahamkan, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh.

Al-fatihah untuk anak buah saya

Sementara itu, khabar duka itu turut dikongsikan seorang pengguna di Facebook yang bernama Al-Faizal Faiz mengenai pemergian pelajar tersebut yang merupakan anak buahnya.


Saya mewakii dirinya memohon maaf

“Al-Fatihah untuk anak buah saya yang telah kembali kepada Nya sebentar tadi jam 10:55pm di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu dengan asbab pendarahan dikepala. Masuk kecemasan jam 5 am hari ini.”

“Bagi sesiapa yang mengenali diri Adham Hazim, saya mewakili dirinya memohon maaf. Dan jika ada hutang yang masih belum dilangsai bolehlah berjumpa saya.”

Satu kehilangan amat besar bagi saya 

“Satu kehilangan amat besar bagi saya kerana inilah satu-satunya paling rapat dengan saya. Dengan ini saya akan undur diri dari FB untuk seketika.”

“Al-Fatihah Muhd Adham Hazim Bin Mohd Rizaini, 2002-2021. “

Adham dah hadiahkan anugerah Dekan waktu Sem 1 untuk kami

“Tenanglah dikau di sana Muhd Adham Hazim Bin Muhd Rizaini..Hazim dah hadiahkan anugerah Dekan sewaktu Sem 1 untuk kami.Maka Poksu Bangga dengan Hazim.”

“Kini poksu kehilangan anak buah yang paling baik dan amat bagus sebagai anak, sebagai abg dan sebagai anak buah.”

Allah pinjamkan Hazim 19 tahun kepada kami

“Allah pinjamkan Hazim 19 tahun kepada kami. Poksu terima dan redha biarpun Hazim membawa pergi sayap dan kekuatan poksu.”

“Mungkin poksu kena undur diri dari influencer kerana tiada lagi jurukamera yang kreatif.”

“Segala iklan di FB poksu adalah kenangan terindah dalam hidup poksu kerana itulah sentuhan Hazim. Al-Fatihah Muhd Adham Hazim Bin Muhd Rizaini.”

Selepas ambil ujian programming, Allahyarham mengadu pening kepala

Selain itu seorang pengguna laman Twitter yang merupakan rakan sekelas Allahyarham turut berkongsi khabar duka itu.

Sementara itu, menurut seorang pengguna Twitter yang dipercayai merupakan rakan kelas Allahyarham iaitu Arisha mengakui terkejut dengan berita tersebut.

Dakwa individu ini lagi, selepas mengambil ujian ‘programming’ pada hari Khamis lalu, Allahyarham ada mengadu bahawa dia mengalami pening kepala.

Tolong doakan rakan sekelas saya

“The news about the student from UiTM Kedah is still new and i woke up this morning knowing my classmate is in icu because of pendarahan dalam otak.”

“If you happen to come across this tweet, please pray for my classmate.”

Kami masih tidak tahu punca pendarahan tersebut

“Kami masih tak tahu lagi punca untuk pendarahan tersebut tapi adham mula rasa pening after we took our programming test which is on thursday night.”

“Everyone please take care of your health during this odl.”

Allahyarham Adham seorang pelajar yang bagus

“To those who wanna blame us for not being good at managing time, i know adham and he is a good student.”

“He is the type of the student that will bother me at 2 am asking on how to complete a certain assignment, he is rajin and not some lazy bum so shut up.”

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Adham, semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini.