“Semangat saya untuk mengajar” Dipeluk & Dicium Mesra Murid2, Guru Ini Kongsi Kisah Anak Didik Terlebih Sayang Dirinya

Pernah dengar tak satu pepatah berbunyi, gurulah pelita penerang dalam gulita?

Iospital phone repair gombak

Begitulah pepatah yang dikaitkan dengan pengorbanan seorang insan yang bernama guru yang sanggup berkorban masa, tenaga dan juga wang demi masa depan anak-anak murid mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang guru sangat disayangi oleh murid-muridnya sehingga dirinya dipeluk dan dicium oleh mereka telah meraih perhatian ramai.

Memetik laporan MStar, guru yang bernama Gaithiry Chandra Segaran, 28, merupakan seorang guru yang berkhidmat selama hampir tiga tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Kementah, Kuala Lumpur.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok itu, dapat dilihat Gaithiry dikelilingi anak muridnya yang mahu bersalaman, peluk, dan juga mahu menciumnya dengan mesra.

“Sebagai seorang guru, hubungan dua hala antara anak murid dengan kita sangat penting. Kita tak boleh biar kita sahaja bercakap dan anak murid kena mendengar sepanjang masa.

“Kalau nak jadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menarik, pertama sekali kita kena pastikan anak murid itu selesa untuk berbual dengan kita.

“Sejak kecil lagi cita-cita saya memang nak jadi seorang guru, saya suka kerjaya ini dan sayang anak murid saya,” terang Gaithiry.

Difahamkan, Gaithiry perlu belajar untuk mendekati anak-anak muridnya disebabkan mereka masih baharu menjejaki alam persekolahan.

“Saya dipertanggungjawabkan mengajar empat kelas untuk subjek Bahasa Melayu dan Matematik dengan setiap bilik darjah ada 40 lebih anak murid.

“Jadi apabila kita mengajar murid umur tujuh tahun ni, kita kena tahu macam mana nak handle dan berkomunikasi dengan mereka.

“Saya cuba kenali mereka dengan lebih dekat, maka dari situlah kami boleh jadi rapat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” katanya.

Gaithiry turut berkongsikan pengalamannya sepanjang menjadi guru kepada murid tahun satu dan sempat meluahkan rasa terkejut apabila mereka semua dapat dikatakan berkelakuan baik.

“Saya memang kagum lihat anak murid saya, mereka ni walaupun umur baru tujuh tahun tapi dah tahu macam mana nak menghormati cikgu-cikgu dan orang yang lebih tua dari mereka.

“Saya tak boleh cari apa-apa kelemahan dalam diri mereka. Mereka dengar apa yang kita cakap. Tak melawan. Dari segi attitude memang A+.

“Tapi seperti biasa la… sebab mereka masih kanak-kanak, ada juga kenakalan tu dan ada yang manja.

“Kita sebagai seorang guru kena tahu macam mana nak kawal mereka dengan cara yang sepatutnya,” ujar Gaithiry.

Menyentuh mengenai kaedah pengajaran pula, Gaithiry berkata perkara paling utama baginya adalah untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan.

“Dalam kelas saya ni ada berpuluh-puluh murid, ada yang diakui bijak, cepat tangkap apa yang diajar dan ada juga yang memerlukan perhatian lebih daripada guru.”Tapi pokok pangkalnya, kita sebagai guru kena cuba untuk tarik minat murid dalam kelas itu, make it fun. Bila kita dah dapat tangkap mereka punya attention, barulah mereka akan fokus.

“Contohnya untuk subjek Matematik, murid pun tahu subjek ini bosan dan susah. Jadi saya sebagai seorang guru kena ada effort, bukan hanya masuk kelas, bawa marker dan menulis di papan putih

“Sebab itu dalam video TikTok boleh tengok saya bawa bahan bantu mengajar dalam kelas untuk berinteraksi dengan murid. Saya akan buat aktiviti supaya minda mereka berada dalam kelas itu,” terang Gaithiry.

Gaithiry juga sedar disebabkan usahanya untuk mendekati anak murid, dia kini mendapat tempat istimewa di hati mereka.

“Saya sebagai seorang Indian memang kagum bila anak murid semua datang berebut untuk bersalam dengan saya, rasa macam new environment.

“Saya yang paling teruja bila dekat mana pun anak murid jumpa saya, mereka akan datang nak peluk saya. Sampai guru-guru lain pun ada yang jealous.

“Mereka tertanya kenapa anak murid ni semua asyik nak peluk Cikgu Gaya je. Perkara macam ni la yang buatkan saya semangat datang sekolah mengajar,” ulasnya lanjut.

Video TikTok yang tular:

@gayathirichandra Selamat Bercuti semua#goingtomissthemsomuch #cikgugaya #teacherstudentlove ♬ original sound – ℂ