Self Healing Tunaikan Umrah Di Mekah, Gadis Kecewa Hubungan Cinta 3 Tahun Tak Menjadi

Sudah semestinya setiap pasangan menginginkan hubungan yang dibina oleh mereka berkekalan sehinggalah mampu mendirikan rumah tangga bersama.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun jodoh itu rahsia Allah, ada hikmah akan setiap apa pun yang terjadi.

Sama seperti kisah seorang gadis ini yang berkongsikan pengalamannya di laman TikTok mengenai hubungan percintaannya selama tiga tahun telah pun menjadi sia-sia.

Hal ini disebabkan dia telah mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu telah pun membawa wanita lain untuk berjumpa dengan ibunya.

Menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun TikToknya @frhnjwaaaaa, gadis itu kelihatan sedang membawa diri sambil mengerjakan umrah selepas difahamkan patah hati dengan peristiwa yang telah terjadi atas hubungannya itu.

Tulis gadis itu, dia berasa redha dengan apa yang telah berlaku dan terus membawa diri untuk mengerjakan umrah seorang diri di kota Makkah.

Difahamkan, sebelum ini dia hanya menunggu sahaja bila si teman lelaki itu bakal masuk meminang akan tetapi akhirnya dia kecewa kerana bekas kekasihnya itu sudah pun membawa wanita lain bertemu dengan ibu lelaki berkenaan.

“Hampir 3 tahun bercinta, hari-hari tunggu dia masuk minang rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self healing pergi umrah, Alhamdulillah.” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati terhadap nasib yang menimpa gadis berkenaan dan ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama serta faham akan kesedihan yang dilalui oleh gadis itu.

Bukan itu sahaja, orang ramai turut memberikan kata-kata semangat dan menitipkan doa buat gadis itu agar diberikan jodoh yang terbaik untuk dirinya.

Ada juga warganet yang berpendapat bahawa pasti ada hikmah atas peristiwa yang berlaku pada dirinya dan semestinya perkara yang lebih baik bakal menantinya suatu hari nanti.

Antara komen netizen:

“allah bagi awak hadiah lagi terindah. allah jemput awak kerumah diaaa. arghh bestnyaaa. 🥲 stay strong yaa sis”


“Pernah lalui, 9 tahun bercinta susah senang LDR namun kalah dengan perempuan yg dkt dgn si dia. No worries dear, Allah plans better for you🤍Much love”

“Ya allah i doakan you jumpa jodoh baik. You sangat kuat. Percayalah Allah swt sentiasa ada dengan you”

Video TikTok yang tular:

@frhnjwaaaaa

hampir 3tahun bercinta, hari2 tunggu dia masuk minang, rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self healing pergi umrah, Alhamdullilah 🤍

♬ suara asli – andre – ANDRE