Selesai Solat Terawih Bersama, Sekumpulan Gadis Pakai Telekung Singgah McDonald’s Curi Perhatian Ramai!

Akhirnya kita sudah pun masuk bulan Ramadhan, bulan yang mulia untuk diraikan bersama.

Iospital phone repair gombak

Kebiasaannya lepas solat Terawih, pasti kita berasa lapar bukan?

Begitulah gelagat sekumpulan gadis ini yang selamba sahaja memakai telekung dan terus singgah ke restoran makanan segera McDonald’s (McD) telah mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amirahharis7 di laman TikToknya itu, dapat dilihat sekumpulan gadis bertelekung itu sedang membuat pesanan di mesin Kiosk McD itu.

Difahamkan, mereka baru sahaja selesai solat Terawih bersama-sama lalu terus singgah ke McD untuk membeli makanan mengisi perut yang lapar.

“Baru hbis first terawih masuk mcd pakai telekung dah ” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Tidak perlu susah-susah nak gosok tudung untuk bersiap, sarung sahaja telekung pun dah cukup cantik boleh pergi McD terus!

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah berjaya meraih sebanyak 177K tontonan, 11.3K tanda suka, dan 104 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, warga maya rata-ratanya terhibur melihat gelagat sekumpulan gadis ini yang begitu bersahaja mengenakan telekung.

Dalam pada itu, ada juga individu yang menceritakan pengalaman masing-masing yang boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut.

Bukan itu sahaja, sempat lagi ada yang bertanyakan mengenai jenama apa telekung itu dan boleh dibeli di mana.

Antara komen netizen:

“hahhaa…dah biasa…kita salu buat bulan posa ni peduli apa aku ”

“Elakkan la pkai putih , aku ni jntung tkde la kuat mana. Last year boleh than bnyak kli trkjut sbab tlekung putih”


“Nak tanya sis yang dekat tengah tu telekung beli dkt mana ? Cantik”

“kami yg kerja fnb ni rasa cemburu tau dak. tgak orang yg boleh p tarawih. kami kena kerja. masok ja dalam kfc pakai telekung plak. ”

Video TikTok yang tular:

@amirahharis7 Baru hbis first terawih masuk mcd pakai telekung dah @ . @✨ @❤️‍ ♬ original sound – – ^_^