Selamba Hirup Sos Tomato Ketika Makan, Reaction Kawan Pula Undang Dekah!

Seringkali kita lihat di media sosial dimana ada segelintir manusia yang berperangai aneh dimana gemar untuk makan makanan pelik.
Iospital phone repair gombak
Sebelum ini, pernah tular di laman TikTok dimana seorang wanita santai makan fishball yang belum dimasak seperti makan keropok semasa sedang ‘lepak’ dengan ‘roommate’ nya.

Terbaru, seorang lelaki diihat selamba hirup sos tomato depan rakan-rakannya di sebuah restoran nyata membuatkan ramai kembang tekak.

Manakan tidak, walaupun sos tomato terkenal dan sedap untuk dicicah dengan pelbagai makanan goreng namun ada juga segelintir yang tidak gemar kerana rasanya yang masam lebih-lebih lagi jika dimakan begitu sahaja.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @01.27pm, dapat kita lihat lelaki tersebut sedang meluangkan masa bersama kawan-kawannya di restoran Pizza Hut.

Sambil makan, kawannya mengambil satu botol sos tomato dan ramai yang menyangka untuk dijadikan penyicah. Namun sangkaan mereka salah apabila lelaki tersebut dengan bersahaja mengirup sos itu.


Tak tahan dengan rasa yang masam, mereka hanya mampu menggelengkan kepala bila melihat kawan lelaki mereka seronok menikmati sos tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing, ada yang akui rasanya sangat sedap namun ada juga yang tak begitu gemar dan mungkin memberi reaksi yang sama seperti kawan-kawannya.

“before that dia makan satu sudu terus, tu kitaorang macam.. tengoklah sos tomato tu pun dah tinggal setengah aiyo”

Antara komen warga maya:

“Hahahaha last tu judging face”

“Same reaction”

“Orang yang tak suka pencicah be like..”

“lebih rela ratah sos cili life hahahaha”

“Yang last tu mesti dalam hati ‘kau dah kenapa jamal'”

“Itu sos bang bukan air sirap”


Video yang tular di laman TikTok:

@01.27pm so masham 😵‍💫 omg siapa je makan sos tomato je?!?! #sostomatoforlife #sostomato #untouchable #unbothered ♬ Untouchable Kpop I am the original – mieom_ee