“Niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu..” Muatnaik Foto Bertudung, Hannah Delisha Buka Cerita

Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk berhijrah, akhirnya pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 24, tekad untuk terus berhijab.

Menerusi perkongsian menerusi entri Instagram, Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch memuatkan naik gambar bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah mendapat pujian ramai, malah lebih 200,000 tanda suka, semalam.

 

View this post on Instagram

 

Bismillah🤍

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Sejak Ramadhan

Menurut Hannah, dia sebenarnya mahu memakai tudung sejak bulan Ramadan lagi namun terikat dengan kerja.

“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.”

Sudah empat hari

Hannah memberitahu dirinya mula bertudung sejak empat hari lepas dan baru saja berkongsi foto terbarunya semalam.

“Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam,” katanya kepada BH Online.

Jiwa makin tenang

Hannah juga berkata jiwanya semakin tenang apabila menutup aurat. Ujarnya, dia hanya menunaikan tanggungjawab sebagai wanita Islam dan menafikan kononnya dia bertudung kerana bakal berkahwin.

“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung. Tidak, saya bertudung bukan sebab mahu kahwin,” katanya.

Rata-rata netizen memuji penghijrahan Hannah Delisha untuk bertudung dan mendoakannya agar sentiasa istiqamah.