“Sedih tapi tak tunjuk,” Intan Saleh Sembunyikan Perasaan Demi Anak-Anak

Nama Intan Liana Saleh dan pemuzik Ude telah menjadi sebutan ramai netizen sejak bulan Mac 2018 yang lalu sehingga isu rumah tangga mereka mendapat perhatian banyak media tempatan dan netizen.

Walau bagaimanapun selepas semua isu selesai, masing-masing membawa haluan sendiri dan bina kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya.

Tetapi siapa sangka sebenarnya ada yang masih terbuku di dalam hati.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Intan atau mesra disapa dengan panggilan Bonda ada memuat naik satu video pendek pada 18 November lalu menunjukkan dia sedang menangis tetapi tidak diberi tahu sebab mengapa ia berlaku.

Berserta kapsyen ringkas, ia telah membuatkan ramai berasa bimbang serta ada juga yang turut memberi kata-kata semangat terhadap ibu kepada dua orang cahaya mata ini.

“I am tired of hiding everything inside me.”

Ada yang meninggalkan komen supaya Intan menjauhkan diri sebentar daripada social media dan kurangkan untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi.

“Be away from media social for the time being. Seek peace with the creator. Cry all out to Allah. Seek refuge, seek peace. Talk to him. Keep reading islamic n motivational book.

“People are watching u here. They judge you. How long are u motivated here reading diff comments? Keep ur life personal. Keep ur life private as much as u can. Inshaallah u will soar up high silently….”

Tetapi menurut Intan, social media merupakan medium untuk dia kongsikan tentang anak dan keluarga serta ia juga merupakan tempat dia mencari rezeki.

“@reenmohdyusoff thanks alot sis for ur advice I really appreciate Actually social media is my place to share with my family and friends..

“Definitely not everything we should share here .. Allah is the only one that i can open my heart to especially during Solat .. people always judge at same time sm is my rezeki mostly alhamdulillah”

Selepas kemelut rumah tangganya mendapat perhatian, Intan telah menerima banyak tawaran untuk menjadi model beberapa produk kecantikan dan juga pakaian.

Untuk rekod, pada 18 November lalu, Ude dan Izreen Azminda terlebih dahulu menyambut hari lahir Arish Muqri iaitu anak hasil perkahwinan Intan dan bekas suaminya itu, kemungkinan itu yang membuatkan dia berasa sebak.

Rata-rata netizen menganggap apa yang dihadapinya ada kena mengena dengan hal peribadi bersama dengan pihak di sebelah sana dan mereka berharap Intan akan terus kuat untuk anak-anaknya.