“Sayur dua urat je” Popia RM1 Penuh Dengan ‘Oksigen’ Sahaja, Pelanggan Luah Tak Puas Hati Raih Perhatian Netizen!

Seperti yang kita sedia maklum, popia merupakan sejenis kuih yang intinya dipenuhi dengan pelbagai jenis sayuran, telur, ayam atau daging yang telah dicincang.

Iospital phone repair gombak

Namun begitu, masih ada peniaga yang mengambil kesempatan menjual kuih ini dengan harga yang sama tapi intinya kosong semata-mata.

Sama seperti kisah yang tular di laman TikTok, seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati apabila inti kuih popia yang dibelinya itu boleh dikatan penuh dengan angin (kosong) sahaja.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sanusi_rashid itu, dapat dilihat dia membuka kulit popia itu perlahan-lahan lalu menunjukkan isi dalam popia tersebut.

“Orang jual (penjual) nak pergi Makkah balik hari. Popia kerepek sahaja. Zalim orang jual sekarang,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular itu.

Apa yang mengejutkan orang ramai ialah bahagian dalamnya itu hampir tiada inti dan hanya dua urat tauge sahaja ditinggalkan dalam popia tersebut.

Walaupun popia itu kelihatan besar dan penuh, sebenarnya popia itu dibalut dengan sangat tebal bukan intinya yang banyak.

Dikatakan juga, popia itu berharga RM 1 sebiji dijual kepada para pelanggan.

“Kayalah penjual. Seringgit satu batang ni. Kerepek (kulit popia) sahaja seringgit. Sayur dua urat sahaja. Zalimlah penjual,” ujarnya.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video itu telah meraih sebanyak 320.5K tontonan, 4621 tanda suka, dan 584 komen di laman platform sosial tersebut.

Melihat ke ruangan komen pula, warga netizen berkongsikan pengalaman mereka yang juga pernah ditipu oleh peniaga yang melakukan perkara yang sama.

Antara komen netizen:

“saya pernah kene bang,Beli 10pcs..kunyah kulit je😂”

“Aku pun kena semalam beli roti sardin satu Rm1 gigit sikit tengok dlm perhh kosong mat😂”


“Bukak depan penjual tu biar dia tengok lepas tu ckp nak gi haji balik hari ker”

Video TikTok yang tular:

@sanusi_rashid popia krepek sajo,zolim ore jual loni #fyppppppp #fypシ゚viral🖤tiktok #fypシ゚viral #fyp ♬ bunyi asal – Sanusi_Rashid