“Saya selalu menasihati Intan, saya tidak suka…” – Tunang Intan Najwa

Intan Najuwa antara pelakon wanita kecil molek yang sedang meningkat naik namanya dalam industri ketika ini.

Penglibatannya dalam industri kian berkembang apabila dilihat membawa watak pelakon utama dalam drama-drama yang ditayangkan di Astro dan Tv3.

Terbaru, timbul beberapa isu termasuk isu mengenai status yang dimuat naik oleh tunang kepada pelakon wanita ini.

Status yang dimuat naik oleh Razrul Anwar Rosli yang merupakan tunang kepada Intan Najuwa itu dikatakan seolah-olah meluahkan rase kecewa menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Malah, tunangnya turut mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja.

Namun, Razrul tampil menjelaskan status yang dimuat naik olehnya dibuat secara umum dan ia tidak ditujukan kepada Intan.

Pada masa yang sama, Razrul turut mengakui beliau kini dalam proses untuk membimbing Intan.

“Kenyataan itu dibuat secara general. Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara positif di IG. Tak pernah negatif”.

“Lagi-lagi tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu. Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang”.

“Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa , saya memahami dia sepenuhnya”.

“Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik,” ujarnya kepada mStar Online.

Razrul turut mengakui hubungannya dia dengan Intan baik-baik sahaja dan tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan.

Jelasnya lagi, dia memahami lumrah kehidupan seorang artis sama seperti dunia politik.

“Hubungan kami okay sahaja, semalam kami dinner dan pagi tadi kami breakfast bersama. Kami juga berhubung dan berkomunikasi seperti biasa,” katanya