“Saya kongsi berita gembira mungkin selepas bersalin” Fasha Sandha Fobia Sebab..

Fasha Sandha antara nama besar yang sering membintangi drama dan merupakan seorang pelakon yang berbakat besar.

Beliau juga antara pelakon yang begitu menjaga displin ketika bekerja  walaupun mempunyai komitmen pada keluarga.

Bakatnya yang semakin hari kian terserlah menjadikan beliau antara pelakon kegemaran ramai dan mempunyai jumlah peminat yang besar.

Aktif melayan peminat di laman sosial Instagram

Selepas berkahwin Fasha Sandha kelihatan bahagia disamping suami tercinta dan sering berkongsi rutin hariannya bersama peminat di laman sosial Instagram.

Beliau juga sering memuat naik video memasaknya dilaman sosial Instagram untuk berkongsi bersama peminatnya.

Fasha enggan berkongsi berita kehamilannya

Sebelum ini beliau pernah keguguraan dan berita sedih itu turut dikongsi bersama. Selepas itu, ada desas desus mengatakan beliau kembali hamil namun tiada kenyataan yang diberikan oleh Fasha.

Mengambil iktibar atas apa yang pernah berlaku, pelakon Fasha Sandha enggan berkongsi berita mengenai dirinya yang kini hamil.

Menurut Fasha kejadian sebelum ini membuatkan beliau fobia untuk bercerita terlalu awal mengenai kehamilannya.

“Doa yang baik-baik saja. Saya juga tidak mahu mengiyakan atau menafikan mengenai perkara itu (kehamilan)”.

“Saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang. Saya pernah alami keguguuran sebelum ini dan ia membuatkan saya fobia untuk berkongsi awal”.

Anak-anak turut terkesan dengan apa yang berlaku

Pada 10 Jun lalu, Fasha membuat satu pengumuman kandungannya telah keguguuran. Berita sedih itu dikatakan turut terkesan kepada anak-anaknya.

“Cukuplah anak-anak saya terkesan dengan apa yang berlaku sebabkan mereka sudah berharap untuk ada adik”. 

“Jadi, saya tidak mahu membuatkan mereka berasa hampa lagi,” ujar Fasha kepada mStar.

Rata-rata netizen membuat andaian Fasha berbadan dua apabila tersebar beberapa foto kelihatan “baby bump” namun tiada kenyataan dari Fasha dan Aidil.

Berkongsi berita gembira selepas bersalin

“InsyaAllah saya tetap akan berkongsi berita gembira kepada semua orang tapi mungkin selepas saya bersalin”, ujarnya lagi.

Fasha dan Aidil disatukan pada Mac lalu dan ia perkahwinan kedua buat Fasha. Fasha mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Semoga Fasha dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan semoga dipermudahkan segala urusan beliau.