“Saya artis agak Sendu tapi tak minta bantuan kerajaan” – Jimmy Shanley

Pengacara Jimmy Shanley tampil menyatakan pendirian terhadap isu artis memohon insentif kerajaan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular sejak semalam. Kata Jimmy, walaupun dia bukan selebriti terkemuka namun tidak meminta bantuan daripada kerajaan. Malah, Jimmy menawarkan pula bantuan untuk golongan memerlukan terutama ibu tunggal. "Saya artis yang agak sendu tapi tak minta bantuan kerajaan, [...]

Pengacara terkenal, Jimmy Shanley tampil menyatakan pendirian terhadap isu artis memohon insentif kerajaan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular sejak semalam.

Menurut Jimmy, walaupun dia bukan selebriti terkemuka namun tidak meminta bantuan daripada kerajaan.

Malah, Jimmy menawarkan pula bantuan untuk golongan memerlukan terutama ibu tunggal.

“Saya artis yang agak sendu tapi tak minta bantuan kerajaan, ada sesiapa perlukan pertolongan sila DM.

“Ibu tunggal diutamakan,”

Dalam perkongsian foto tersebut Jimmy juga berkongsi tentang kisah Nabi Sulaiman.

Rezeki dari Allah

Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. “Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun??

Maka semut itu menjawab “wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.

Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, “Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun??

Maka semut itu menjawab, ” Jika diluar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yg cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yg cukup..

Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun..Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat..

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya..Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki Allah maka lebih teruk daripada semut.. Yakinlah rezeki milik Allah, ianya milik Allah secara mutlak.. #Zakat #PPZ 

Beberapa hari lepas kecoh di laman sosial apabila ada segelintir selebriti menyatakan kerisauan terhadap tiadanya bantuan daripada kerajaan untuk anak seni.

Menurut mereka, kesan itu adalah kerana penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan sumber utama pendapatan golongan artis.

Luahan mereka itu mendapat reaksi negatif dari netizen yang menyifatkan golongan selebriti yang suka menayang barang berjenama tidak layak menerima bantuan.