Sarat Hamil Lompat Swimming Pool Siap Pakai Heels, Elfira Loy Buat Netizen Seriau

Aksi pelakon Elfira Loy melompat di kolam renang dalam keadaan sarat mengandung dengan berkasut tumit tinggi menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Tindakan pelakon Elfira Loy melakukan aksi lompat di sebuah kolam renang mengundang rasa ngeri dan seriau netizen apatah lagi dia sedang sarat hamil cahaya mata kedua.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, pelakon berusia 28 tahun itu turut dilihat mengenakan kasut tumit tinggi di sebuah lokasi percutian berkenaan.

Bagaimanapun pada penghujung kapsyen, dia memberi pesanan supaya aksi melompat itu tidak dilakukan oleh ibu hamil lain meskipun mempunyai sifat berani.

“So mommy kena beranikan diri. But dont try this here okay mommies,” katanya.

Sementara itu, Eflira menerusi InstaStory berterima kasih kepada mereka yang bimbang dan prihatin terhadapnya selain mengakui berdepan masalah mengidam untuk melompat setelah lama merancang.

Rata-rata netizen meluahkan rasa seriau dengan tindakan pelakon itu yang dianggap terlalu bahaya bagi wanita yang sedang hamil.

Malah ada juga yang memuji sikap berani Elfira yang sanggup melakukan perkara bahaya itu demi mendapatkan rakaman video yang menarik.

Video tular di laman Instagram:

“One of my goals is to be here but nak buat macammana trip ni termengandung pulak. Nak datang balik probably another a year?

“So mommy kena beranikan diri. But dont try this here okay mommies.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Melihat ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut pelakon drama Di Sebalik Kasyaf itu menyifatkan tindakan tersebut adalah sangat bahaya terutama bagi golongan ibu hamil.

“Part lari bikin ngiluu.. semoga sehat terus yaaa”


“Ya Allah, El. Lajunya lari & lompat tu..”

“Pakai heels lari dan melompat. OMG!”

 

Untuk rekod, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Khairol Faris Anuar

Pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan anak lelaki Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris yang kini berusia tiga tahun.